AntarabangsaIsu Semasa

AS Dan Korea Utara Gagal Tandatangani Perjanjian Di Vietnam

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dilaporkan gagal mencapai sebarang perjanjian berhubung denuklearisasi ketika sidang kemuncak di Vietnam baru-baru ini.

Sidang kemuncak itu juga dilaporkan tamat lebih awal daripada yang dicadangkan apabila rundingan di antara kedua-dua pihak tidak berjaya mencapai perjanjian.

Menurut Trump, “dokumen-dokumen sudah siap untuk ditandatangani, tetapi ia tidak sesuai.”

“Kadang kala anda perlu berjalan (menyelesaikan masalah secara perlahan), dan ini adalah salah satu waktunya,” katanya.

Ujar presiden Rumah Putih itu lagi, Kim sudah bersedia untuk menutup tapak-tapak nuklear di negaranya, tetapi “ia bukan tapak yang kami mahukan.”

“Kita tidak boleh menghentikan semua sekatan hanya kerana itu,” kata Trump pada satu sidang medea di JW Marriott Hanoi Hotel yang diadakan dua jam lebih awal berbanding jadual asal.

Satu majlis penandatanganan bersama juga dibatalkan pada saat-saat terakhir.

Sebelum ini kedua-dua pemimpin optimis dengan rundingan yang sedang dijalankan. Apabila Kim disoal sama ada beliau sudah bersedia untuk menamatkan program senjata nuklearnya, ini jawapannya:

“Jika saya tidak bersedia, saya tidak akan berada di sini.”

Kenyataan Kim itu disambut baik oleh Trump yang kemudian berkata:

“Itu mungkin jawapan yang terbaik anda pernah dengar.”

Difahamkan, kedua-dua pemimpin itu bersama penasihat-penasihat mereka telah bertemu di Sofitel Legend Metropole Hanoi Hotel, di mana mereka mengadakan mesyuarat tertutup selama 30 minit dan makan malam bersama pada hari sebelumnya.

Pada pagi Khamis, Trump dan Kim menyatakan bahawa mereka terbuka kepada idea untuk menubuhkan pejabat perhubungan di negara masing-masing.

Ini sekali gus menandakan hubungan yang semakin baik di antara AS dan Korea Utara.

“Ini adalah satu perkara yang amat dialu-alukan,” kata Kim.

Sementara itu, Trump turut menjelaskan bahawa beliau tidak mementingkan kepantasan dalam menyelesaikan konflik, namun apa yang penting adalah kedua-dua negara boleh mencapai persetujuan yang betul.

“Tidak bermakna kita melakukan segalanya dalam sehari, dalam satu mesyuarat. Tidak kira apa yang berlaku, kita akan mencapai perjanjian yang amat bagus untuk Kim dan negaranya.

“Kepantasan tidak penting bagi saya. Apa yang penting adalah kita mencapai perjanjian yang betul…Saya juga sangat menghargai tindakan Korea Utara yang menghentikan ujian peluru berpandu balistik,” ujar Trump.

Sumber: DPA 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button