Sukan

3,000 Bekas Atlet Kebangsaan Bakal Menerima Kemudahan Kesihatan Setaraf Kakitangan Kerajaan

Kabinet Malaysia bersetuju dengan cadangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bahawa nasib wira sukan negara perlu terus dibela. Sebanyak RM3 juta suntikan dana akan diberikan kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) bagi tujuan kemudahan perubatan dan kesihatan kepada atlet dan bekas atlet kebangsaan.

Atlet Kebangsaan Bakal Menerima Kemudahan Kesihatan Setaraf Kakitangan Kerajaan

Insentif ini dikenali juga sebagai Skim Kesihatan Atlet Kebangsaan yang mana para atlet mahupun bekas atlet yang tersenarai oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) yang pernah mewakili negara dalam kejohanan tidak kurang daripada Sukan Asia Tenggara dan setara akan diberi kemudahan setaraf kakitangan kerajaan.

Skim Kesihatan Atlet Kebangsaan akan membabitkan rawatan pesakit luar dan dalam hospital setaraf dengan kakitangan Kelas Kedua kerajaan.

Bagaimana Dengan Skuad Pelapis Negara?

AstroAwani mempersoalkan adakah atlet yang hanya sekali mewakili negara atau mereka yang terpilih dalam skuad pelapis turut layak menerima skim itu dan Syed Saddiq menjelaskan: “Kabinet telah meluluskan dana tambahan untuk memastikan atlet dan bakal atlet yang berdaftar dengan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) akan diberikan skim kesihatan khas.

“Bagi bekas atlet, mereka akan menerima perkhidmatan kesihatan khas seperti pegawai awam kelas B. Sebelum ini tiada, tetapi Kabinet memutuskan mereka berhak menerima pengiktirafan tersebut.”

3,000 Bekas Atlet Negara Bakal Mendapat Bantuan Ini

Setakat ini, YAKEB menawarkan skim bantuan khas kepada 3,000 bekas atlet negara.

Turut diluluskan adalah kenaikan elaun latihan atlet di mana jumlah minimum melibatkan RM800 hingga RM7,500.

“Dengan adanya inisiatif ini, kerajaan berharap kebajikan atlet/bekas atlet sentiasa terbela,” kata Syed Saddiq lagi.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker