Gaya HidupIbu dan AnakMakan & Minum

10 Tips Mengajak Anak Makan Makanan Yang Lebih Berkhasiat

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Tetapi realitinya sudah tentu makanan seperti aiskrim, kek dan sebagainya lebih digemari oleh kanak-kanak berbanding makanan sihat seperti sayur-sayuran.

Jadi bagaimana untuk mengajak anak anda makan makanan yang lebih sihat ini?

1. Beri anak anda pilihan makanan yang pelbagai dan suruh mereka cuba sayuran yang berlainan dengan cara yang tidak memaksa.

2. Jika anda pergi ke pasar untuk membeli sayuran bersama anak anda, minta mereka pilih sayur-sayuran mereka sendiri atau pilihlah sayur yang mereka belum pernah cuba sebelum ini.

3. Jika terdapat sayur yang tidak digemari seperti brokoli, jangan paksa mereka untuk memakannya tetapi cubalah cari pengganti untuk nutrisi tersebut seperti bayam berkrim (tapi mungkin anda perlu berinya nama yang lain dan lebih menarik untuk anak anda.)

4. Jika anda memberi anak anda minum jus, pastikan ia jus tulen yang tidak mengandungi gula dan telah dicairkan bersama air kosong.

5. Pastikan anak anda cuba sekurang-kurangnya dua gigitan setiap makanan yang ada termasuk makanan yang pertama kali hendak dicuba. Ia mungkin sukar pada awalnya tetapi apabila anak anda sudah terbiasa dengan undang-undang ini, mereka akhirnya dapat membiasakan diri dengan idea ini.

6. Selalunya kanak-kanak lebih gemar makan makanan yang renyah. Selalunya mereka tidak gemarkan sesuatu makanan ianya kerana tekstur makanan tersebut dan bukannya rasanya.

7. Jika boleh, ajak anak anda ke ladang supaya anak anda boleh melihat dari mana datangnya makanan. Ia mungkin akan membuatkan anak anda lebih teruja.

8. Cuba lakukan ‘smoothie’ bersama anak anda dengan mengisarkan bahan-bahan sihat seperti buah, yoghurt, ice dan mungkin sedikit tofu atau serbuk protein.

9. Ajak anak anda untuk bantu menyediakan makanan. Ia membolehkan anak anda melihat proses menghasilkan sebuah hidangan dan jika anda buat kek lobak contohnya, ia boleh memberi gambaran kepada anak anda bahawa lobak merah juga boleh menghasilkan hidangan yang lazat.

10. Anak anda sentiasa memerhatikan anda, oleh itu pastikan ibu bapa juga memakan makanan yang berkhasiat!

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker