Gaya HidupPercutian

Melancong: Kemudahan Surau di Jepun

Kebanyakan kompleks beli-belah mempunyai surau di Jepun jarang digunakan pelancong beragama Islam termasuk Malaysia.

Sebuah surau baru di Hiroshima Prefecture, di sebelah barat Jepun, hanya digunakan dua atau tiga kali sebulan, lapor Japan Today kelmarin.

Surau di LaLaport Expocity, sebuah pasar raya terkenal di Suita, Osaka Prefecture, hanya digunakan kira-kira 30 kali sebulan termasuk pekerja mereka.

Ada 170 surau di Negara Matahari Terbit yang dilengkapi penunjuk arah kiblat dan tempat berwuduk. Jumlahnya kian bertambah berikutan kekerapan kunjungan pelancong Asia Tenggara.

Pelancong dipercayai jarang menggunakan kemudahan ini berikutan mereka terpaksa meminta kunci dari kaunter perkhidmatan untuk menggunakannya manakala arahan papan tanda dalam bahasa Inggeris dan Jepun.“Sukar untuk membiarkan bilik (surau) dibuka kerana kedudukannya terletak di kawasan laluan orang keluar masuk,” kata Sachiko Kato, pengendali surau.Namun, beliau berkata bilangan pengguna semakin hari semakin bertambah susulan berita mengenainya tersebar “dari mulut ke mulut”.

 – Malay Mail
Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker