Gaya HidupKecantikan

Malaysia: Pembedahan plastik bakal jadi ikutan 10 tahun lagi

Pembedahan plastik dijangka menjadi “ikut-ikutan” penduduk negara ini dalam tempoh 10 hingga 20 tahun ini, ramal pakar perubatan bidang itu.

Pakar runding pembedahan kosmetik, rekonstruktif dan plastik berkata tahap keinginan mereka menjadikan permintaan tersebut semakin terbuka, lapor mStar Online.

“Masa dah berubah orang sanggup keluarkan duit untuk cantik. Ia akan berlaku kerana orang dah mula cakap mengenai perkara ini…” katanya Dr Mohamad Nasir Zahari.

“Jadi lama-lama penerimaan itu lebih terbuka. Sekarang ia berlaku secara perlahan-lahan evolusi,” katanya yang 18 tahun berpengalaman dalam bidang berkenaan.

Beliau berkata Malaysia bakal menjadi Korea Selatan kerana pembedahan plastik dan rawatan estetik “berleluasa” manakala teknologi sedia ada setara dengan negara lain.

“Mungkin di Korea Selatan dalam tempoh 20 tahun lagi, trend mereka mungkin bertukar tetapi kita baru nak masuk trend mereka ketika ini,” katanya.

Namun, Dr Mohamad Nasir mengakui pembedahan plastik di negara ini “ada sekatan tertentu” dan ramai pelanggan melakukannya secara “sorok-sorok”.

“Jadi kita masih melakukan perkara yang ada indikasi perubatan. Berbeza dengan Korea yang mempunyai bilangan pesakit yang tinggi untuk pembedahan plastik.

“Sebab itu orang yakin dan sanggup pergi ke negara itu,” katanya, menambah di Malaysia lebih tertumpu kepada pembedahan memperbaiki kecacatan atau nahas.

 

– Malay Mail

Show More

Related Articles

Back to top button