Isu SemasaTempatan

Betul Ke PHCorp Yang Mengendalikan PeKa B40 Merupakan Hak Milik Penuh Kerajaan?

Pada akhir bulan Januari yang lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melancarkan Skim Peduli Kesihatan untuk golongan B40 dengan singkatan PeKa B40.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, PeKa B40 ini akan dikelolakan oleh sebuah syarikat yang merupakan hak milik penuh kerajaan bernama PHCorp.

Apakah itu PHCorp?

PHCorp merupakan singkatan kepada ProtectHealth Corporation Sdn Bhd, sebuah syarikat 100 peratus milik kerajaan dan telah ditubuhkan sebagai syarikat yang tidak berasaskan keuntungan di bawah Kementerian Kesihatan.

“PHCorp bukan sebuah Managed Care Organisation (MCO) atau Third Party Administrator (TPA). Penubuhannya bagi meluaskan akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti dengan mengoptimakan penggunaan ekosistem pembekal kesihatan awam dan swasta sedia ada,” katanya kepada BeritaHarian.

Mengapa PeKa B40 Diperkenalkan?

Menurut mypt3, skim ini diperkenalkan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia KKM mengenal pasti beberapa masalah dan cabaran dikalangan golongan B40 sepanjang berhadapan dengan masalah kesihatan.

Antaranya ialah jumlah B40 yang berhadapan penyakit tidak berjangkit sangat tinggi contohnya masalah sakit mental dan sakit kanser.

Tidak cukup dengan itu, ada yang menerima rawatan tidak lengkap kerana kekangan kewangan, kos pengangkutan dan sebagainya. Akhirnya apabila kesihatan bertambah teruk ia sebenarnya meningkatkan lagi kos kesihatan kepada kerajaan Malaysia.

Malah kos tambahan seperti pembelian beberapa alat bantuan perubatan seperti perentak jantung, implan atau prostesis menambahkan lagi kos rawatan pesakit yang tidak berkemampuan.

 

Sebuah Kerjasama Antara Klinik Swasta Dan Awam

Ianya sebuah inisiatif yang memberi fokus kepada jalinan kerjasama awam–swasta melalui pembiayaan daripada dana kerajaan.

Menurut Dr Dzulkefly lagi, PeKa B40 masih dalam fasa projek perintis dan belum lagi dilancarkan sepenuhnya.

“Bagi fasa projek perintis skim PeKa B40, pemegang taruh swasta yang akan terbabit dalam proses pemberian manfaat saringan kesihatan kepada pesakit adalah pemilik klinik perubatan am swasta dan syarikat makmal perubatan swasta.

“Selari dengan matlamat saya untuk memperkasakan perkhidmatan kesihatan primier di negara ini, skim Peka B40 secara langsung akan mempertingkatkan kerjasama antara pengamal perubatan di klinik perubatan am swasta dengan pengamal perubatan di fasiliti perubatan kerajaan.

“Pengamal perubatan am swasta memainkan peranan yang amat penting dalam usaha kerajaan memerangi penyakit tidak berjangkit di kalangan penduduk di Malaysia.

“Sehubungan itu, pemilik klinik perubatan am swasta yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan serta memenuhi kriteria pemilihan yang ditetapkan dipelawa untuk menyertai skim ini,” katanya.

Kelebihan PeKa B40

1. Jika mengikut jadual rawatan kanser yang dihadapi di hospital kerajaan, pesakit akan menerima RM1,000
2. Pesakit boleh menerima bantuan alat perubatan bernilai sehingga RM20,000 secara PERCUMA seumur hidup.
3. Pesakit diberikan tambang bagi membantu menerima rawatan di hospital kerajaan.
Jikalau pesakit dari Semenanjung Malaysia, RM500 (maksimum) diberikan.
Manakala yang tinggal di Sabah Sarawak RM1000 akan diberikan. Yang menariknya jumlah bayaran adalah untuk setiap penyakit. Contohnya, jikalau anda tinggal di Kelantan dan pesakit menghidap kanser prostat, pesakit akan menerima RM500. Kemudian diserang pula penyakit kencing manis, pesakit akan menerima lagi RM500.
4. Menerima pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA dan prosesnya tidak lagi sulit.

Apakah Syarat Kelayakan PeKa B40?

1. Mestilah merupakan penerima bantuan sara hidup
2. Umur pemohon atau ibu bapa pemohon mestilah 50 tahun dan ke atas

Show More

Related Articles

Back to top button