Teknologi

Razer Berhentikan Pekerja Jejas Razer Phone 3?

Razer baru sahaja menceburi pasaran telefon pintar, namun nampaknya ia mungkin sudah sampai ke penghujungnya. Baru-baru ini menurut Droid-Life, Razer mungkin menghadapi masalah dalam pembangunan telefon pintar mereka dan ini termasuklah Razer Phone 3 yang dinantikan.

Ini kerana Razer dilaporkan telah memberhentikan 30 pekerja dalam bahagian telefon pintar syarikat itu. Mengikut sumber juga, beberapa pereka asal Razer Phone dan Razer Phone 2 yang meninggalkan syarikat tersebut baru-baru ini juga dilaporkan sebab ke atas pemberhentian ini.

“Razer telah membuat perubahan untuk selaraskan organisasi kami dan menguatkan lagi visi untuk kami berkembang. Kami akan menggunakan sumber yang ada untuk fokus pada projek penting dan pertingkatkan keuntungan. Dengan penyelerasan ini, kami membatalkan beberapa projek dan terpaksa berpisah dengan 30 kakitangan (2% dari jumlah tenaga kerja kami). Pekerja lain yang terlibat dalam projek ini akan dikerahkan ke division lain untuk memfokuskan projek penting,” jelas kenyataan Razer.

Apa yang menariknya ialah Razer mengatakan mereka akan terus melabur dalam hardware dan projek mobile yang baru tapi ini tidak bermakna kita mungkin akan menyaksikan Razer Phone baru tapi ia menunjukkan syarikat ini tak ingin lagi meninggalkan sektor ini.

Bagaimanapun, untuk Razer Phone 2, ia masih lagi dijual dan akan menerima kemaskini serta pemerhatian dari Razer termasuklah kemaskini Android 9 tidak lama lagi.

Tapi dengan keadaan mobile division yang kurang stabil, sokongan dan kemaskini pada masa depan untuk model fone mungkin ‘gelap’.

sumber: Android Authority

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker