Hiburan

Meghan Markle Diburu Wartawan Seperti Puteri Diana

Meghan Markle kini sedang ‘diburu dan dikejar’ oleh akhbar tabloid dengan cara yang sama seperti yang dilakukan ke atas puteri Diana, superstar Hollywood, George Clooney memberitahu majalah Australia.

Clooney, kawan rapat Markle dan suami Putera Harry, memberi amaran bahawa “sejarah mungkin berulang” ketika pihak media semakin taksub kepada pasangan diraja berkenaan.

“Saya mahu mengatakan, mereka mengejar Meghan Markle di mana-mana,” kata Clooney kepada majalah WHO semasa temu bual di Los Angeles.

“Beliau seorang wanita yang mengandung tujuh bulan dan telah dikejar dan diburu dengan cara yang sama seperti Puteri Diana dan sejarah sedang berulang. Kita telah melihat bagaimana ia berakhir dengan Puteri Diana,” katanya.

Diana meninggal dalam kemalangan kereta di terowong Paris pada tahun 1997 ketika sedang dikejar oleh paparazzi yang menaiki motosikal.

Related image

Akhbar Britain yang terkenal dengan sikap agresif pada mulanya mengalu-alukan Markle dalam keluarga diraja ketika wanita itu dan Harry berkahwin di Istana Windsor yang mewah pada Mei lalu, dalam upacara yang dihadiri oleh Clooney dan peguam hak asasi manusia Amal.

Pelakon berdarah campuran itu diraikan kerana memberi nafas segar dalam sistem monarki Britain yang kadang-kadang dilabel lapuk dan tidak dapat disentuh.

Tetapi liputan telah berubah semakin kritikal walaupun Markle belum melahirkan anak pertama mereka, dengan beberapa laporan mendakwa istana kurang menyenangi sikap beliau.

Akhbar tabloid juga telah menulis cerita mengenai keluarga Markle yang bermasalah.

Baru-baru ini, sebuah akhbar menerbitkan sepucuk surat yang sangat peribadi yang mereka katakan telah ditulis oleh Markle kepada ayahnya di mana beliau memintanya “berhenti berbohong dan berhenti mengeksploitasi hubungan saya dengan suami saya.”

Clooney, yang mempromosikan siri TV terbarunya “Catch-22”, menyerang pencerobohan privasinya.

“Ia sangat mengecewakan. Melihat mereka menyiarkan surat peribadi dari seorang anak kepada bapa, itu adalah keterlaluan dan tidak bertanggungjawab. Saya terkejut dengan perkara itu,” katanya.

Kedua-dua Harry dan William mempunyai hubungan yang kurang baik dengan media sejak kematian ibu mereka.

Harry baru-baru ini mendedahkan bahawa beliau mengambil jangka masa yang panjang untuk menangani kematian ibundanya, dan meminta bantuan profesional beberapa tahun yang lalu.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker