Isu SemasaTempatan

Militan Warga Singapura Memiliki Pelbagai Perniagaan Di Johor

Seorang lelaki warga Singapura yang ditahan baru-baru ini kerana terbabit dalam aktiviti-aktiviti keganasan dilaporkan memiliki pelbagai jenis perniagaan di Johor Baru, daripada urut sehinggalah restoran.

Menurut sumber, suspek bernama Mohamed Kazali Salleh yang berusia 48 tahun itu juga membawa masuk kereta potong dari Singapura dan Indonesia ke Malaysia.

Mohamed Kazali merupakan salah seorang daripada enam suspek militan yang ditahan oleh Cawangan Khas Anti Keganasan Bukit Aman dalam operasi anti-pengganas yang dilakukan di antara 19 Disember 2018 dan 28 Januari 2019.

Difahamkan, suspek tersebut telah membiayai dan menerima arahan daripada ketua militan Malaysia, Akel Zainal.

Sebuah lagi sumber berkata, Mohamed Kazali turut diarahkan untuk merekrut beberapa orang anggota militan untuk melancarkan serangan ke atas bangunan Freemason di Johor Baru.

“Dia mempunyai hubungan rapat dengan Akel sejak tahun 2008. Pihak berkuasa mendapati bahawa pada bulan Disember tahun lalu, Akel mengarahkannya untuk menyerang sebuah bangunan Freemason di kawasan Nong Chik,” kata sumber.

Memetik laporan The Star, suspek telah diserahkan kepada pihak berkuasa Singapura pada 7 Januari selepas penyiasatan yang dilakukan oleh Bukit Aman selesai.

Kini, Mohamed Kazali berada di bawah tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Singapura, yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan sehingga dua tahun.

“Berdasarkan risikan, suspek tidak mengetaui mana-mana sel pengganas di pulau republik itu,” ujar sumber.

Sementara itu, lima individu lain yang ditahan bersama Mohamed Kazali adalah dua orang rakyat Malaysia dan tiga lelaki dari Bangladesh, Filipina, dan sebuah negara Asia selatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun men6yatakan bahawa dua suspek rakyat Malaysia itu telah dihantar pulang dari sebuah negara asing susulan pembabitan mereka dengan IS.

 

Sumber: The Star

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button