Bisnes & Ekonomi

Ada Apa Dengan GK Enchanted Farm Sehingga Berjaya Corporation Memberi Sumbangan Kepada Mereka?

Malam sebelum kita dijadualkan ke GK Enchanted Farm, kami sempat melawat sebuah masjid di daerah Quiapo. Masjid yang dibina pada 4 Ogos 1976 itu didirikan sempena meraikan kedatangan Presiden Libya, Muammar alGaddafi walaupun pada akhirnya lawatan tersebut terpaksa dibatalkan.

Kini ia menampung sejumlah komuniti Islam di Manila yang tinggal disekeliling masjid tersebut untuk solat berjemaah.

Masjid yang boleh menampung seramai 22,000 umat pada satu masa ini mempunyai arkitektur dan desain berdasarkan seni pelbagai etnik Filipina seperti Maranao, Maguindanao, dan Tausug. 

Sewaktu kami singgah untuk solat jamak Maghrib dan Isyak di situ, terdapat tabung sumbangan untuk melengkapkan struktur binaan masjid tersebut yang belum lagi sempurna. Menurut sumber, mereka mahu membina kubah setinggi 10 meter yang berdiameter 12 meter.

Kami pulang ke tempat penginapan kami di Makabata Guest House setelah selesai melawat ke tempat yang boleh dijadikan sumber inspirasi untuk mendirikan Perniagaan Sosial di Malaysia.

Keesokan harinya, kami dijadualkan untuk seharian di GK Enchanted Farm. Semasa pengenalan di dalam bas oleh Mabuhay Restop, GK Enchanted Farm ini terletak hampir 1 jauh dari Manila dan merupakan sebuah ladang di mana menjadi sekolah untuk kanak-kanak miskin di Filipina belajar bercucuk tanam dan sebagainya dan kita boleh melihat dan merasai beberapa kegiatan yang berada di sana.

Setibanya di GK Enchanted Farm yang terletak di Angat, Bulacan kami kagum melihat struktur bangunan yang cantik dan unik menjadi dewan GK Enchanted Farm. Kami diberikan informasi tentang bagaimana GK Enchanted Farm ini ditubuhkan dan apa yang bakal kita lalui seharian di sana. 

GK Enchanted Farm ini didirikan sempena ulangtahun ke-10 Yayasan Komuniti Pembangunan Gawad Kalinga pada tahun 2013. Yayasan ini bergerak sejak tahun 1994 tetapi secara rasminya didirikan pada tahun 2003. Mereka banyak membantu komuniti gelandangan miskin di Metro Manila untuk membangun dan bercita-cita untuk menghapuskan kemiskinan di kalangan masyarakat ini.

Kini banyak negara telah mengadaptasikan pelan perancangan yang berjaya membangkitkan semangat warga miskin menjadi warga yang mempunyai misi dan visi tersendiri. Antara negara yang mengambil modul Gawad Kalinga (GK) ialah Kemboja, Indonesia dan Papua New Guinea.

Orang Filipina menganggap GK Enchanted Farm (GKEF) ini seperti “Silicone Valley” untuk perniagaan sosial dan bagi yang mengetahui sedikit sebanyak tentang perniagaan sosial, sudah pasti mereka akan tahu tentang GK – pelopor perniagaan sosial yang berjaya sehingga kini.

Di sebelah dewan GKEF, terdapat sebuah dewan makan yang cantik dan lengkap seperti berada di resort dengan tulisan ditaja oleh Berjaya Corporation. Untuk rekod sejak GKEF dibina memang ramai badan dari luar negara yang menyokong aktiviti yang dilakukan oleh GK. Antaranya ialah sekolah perniagaan terkemuka Eropah, De La Salle University dan Hautes Etudes de Commerce (HEC) Paris, LifeBank Foundation, Syarikat Hyundai dan banyak lagi. 

Sejak awal berdirinya GKEF, Berjaya Philippines yang menaja bahagian kemudahan makanan di GKEF dan kemudiannya pada tahun 2018, mereka telah merasmikan semula dewan makan yang diberi nama Berjaya Garden Restaurant and Culinary Centre (BGRCC).

Kemudahan dewan makan yang diperluaskan dari 300m persegi menjadi 744m persegi, dengan ruang makan, ruang untuk mengadakan majlis, taman dan senibina melibatkan alam semulajadi, penggunaan tenaga solar dan juga menjadi tempat tadahan air hujan.

Menurut laporan TheStar, Tan Sri Vincent Tan juga, GK merupakan sebuah organisasi hebat yang patut diadakan di setiap negara malah negara maju sekalipun.

“Banyak rumah mampu milik dibina tetapi orang miskin tetap tidak mampu membelinya.

GK membina rumah dan membolehkan mereka untuk tinggal secara percuma disamping membantu mereka membina sebuah kehidupan yang lebih mampan,” jelas Tan.

Dengan itu, Tan Sri Vincent Tan berjanji untuk meningkatkan bantuan pembinaan rumah kepada 5,000 buah kerana kagum dan sangat menghormati GK.

“Lebih kurang 1000 rumah telah pun dibina dan dengan bantuan ini kami juga berharap masyarakat miskin ini dapat keluar dari kancah kemiskinan dan memperoleh masa depan yang lebih baik dari pelbagai segmen dalam komuniti masing-masing.

Kami cuba untuk memainkan peranan kami untuk menjadi ahli korporat yang baik dan mampu menyokong komuniti dan negara yang berhak mendapatkannya,”kata Tan yang merancang untuk membina inisiatif seperti ini di Sabah.

GKEF ini berkeluasan 43 hektar yang memiliki kemudahan pengeluaran dan tempat perniagaan sosial untuk melakukan kegiatan masing-masing dalam sebuah komuniti yang mampan.

Terdapat lebih kurang 500 penduduk tempatan yang tinggal di dalam ladang ini dengan 150 pelajar yang telah dididik untuk menjadi peniaga sosial.

DI GKEF, mereka juga mempunyai kemudahan penginapan untuk aktiviti orang luar yang ingin datang dan melakukan “team-building” atau berkhemah dan sebagainya. Mereka memiliki 350 katil dan pakej menarik yang sesuai dengan aktiviti yang bakal anda adakan.

Setelah selesai penjelasan tentang Komuntiti GK dan GKEF, kami diberikan seorang pembimbing kumpulan untuk membawa kita ke tempat-tempat yang patut dikunjungi di sekeliling GKEF.

Pembimbing kami merupakan seorang pelajar yang sudah menyelesaikan pembelajarannya di GKEF dan kini membantu GKEF. Dia sendiri juga berkongsi dengan kami semasa kecil lagi dia sudah menjual roti seawal subuh dengan bakul yang lebih besar daripada dirinya keliling kampung dengan mata tertutup kerana mengantuk.

Menurutnya membesar di sebuah komuniti miskin memang sukar dengan cabaran di kalangan rakan-rakan dan masyarakat sekeliling dan masalah kewangan yang dihadapi. Namun dengan keazaman yang kuat pada dirinya untuk mengubah kehidupannya sendiri serta komunitinya di kampung, dia telah bergabung dengan GK dan mahu membuka perniagaan sosialnya tersendiri.

Dia membawa kami melawat lading bercucuk tanam, taman herba GKEF, kelas pembelajaran, dan juga perniagaan sosial yang berada di dalam GKEF. 

Nantikan ulasan tentang perniagaan sosial yang kami kunjungi di GKEF pada rencana seterusnya.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker