AntarabangsaIsu SemasaSains

Perang Denggi Secara Semulajadi Warga Jakarta Utara Patut Dicontohi Semua

Di Malaysia, kes denggi semakin meningkat saban hari dengan sebanyak 15,790 kes denggi direkodkan di seluruh negara sehingga awal Februari lalu.

Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 9,210 kes sehingga awal Februari diikuti oleh negeri Johor yang mengalami peningkatan sebanyak 92.27% berbanding tempoh sama tahun lalu.

 

Menggunakan Pokok Untuk Menghalau Nyamuk

Di Jakarta, Indonesia pula, Kementerian Kesihatan negara tersebut telah mengeluarkan amaran demam denggi pada bulan awal Februari yang menyebabkan sebuah mukim di Jakarta Utara bertindak membanterasnya sebelum kawasan tersebut di landa demam yang boleh mengakibatkan kematian itu.

Penduduk mukim Marunda telah bertindak seawal boleh dengan menanam 2000 pokok lavendar dan meletakkan serai yang telah dipotong di setiap sudut rumah untuk mengelakkan kemunculan larva nyamuk aedes itu.

Menurut penduduk di situ, mereka mempelajari kaedah untuk menghalau nyamuk ini dari internet dan membela ikan kecil yang akan memakan larva nyamuk.

 

Bertindak Sebulan Awal Untuk Elak Semburan Kimia

Ketua Mukim Marunda, Hilda Damayanti menunjukkan potongan serai yang diletakkan di sudut rumah untuk mengelak dariapda kehadiran nyamuk Aedes. Sumber Imej Terencana : jakarta.tribunnews.com

Ketua mukim Marunda, Hilda Damayanti berkata para penduduk di situ telah mengambil langkah berjaga-jaga ini sebulan sebelum amaran demam denggi dikeluarkan untuk mengelak daripada kawasan perumahan mereka disembur gas racun yang selalunya dilakukan setelah sebuah kes demam denggi dilaporkan dan dipastikan terjadi di sesebuah kawasan.

“Penduduk Marunda mahu bebas dari bahan kimia yang bakal merosakkan organ tubuh kita. Kita mempunyai misi untuk menukarkan penggunaan bahan kimia ini kepada bahan herba,” kata Hilda.

Di akhir Januari tahun ini, 37 dariapda 370 kes denggi telah dilaporkan berlaku di Jakarta Utara tetapi setakat ini, tiada lagi rekod telah berlaku di Marunda.

 

132 Kematian Telah Berlaku Di Indonesia Akibat Demam Denggi

Menurut Kementerian Kesihatan negara tersebut, mereka telah mencatatkan hampir 14,000 kes demam denggi di seluruh Indonesia dengan sejumlah 132 kematian telah tercatat.

 

Ikan Laga Juga Digunakan Untuk Membanteras Nyamuk Aedes

Selain daripada pokok lavendar dan serai, Hilda juga mencadangkan para penduduk untuk membela ikan laga dan ikan tilapia dalam kolam rumah. Kerana menurut bacaan Hilda daripada buku dan laman web, ikan-ikan ini memakan larva nyamuk.

“Rancangan kami seterusnya ialah untuk meningkatkan kesedaran tentang bahayanya demam denggi ini dikalangan para pelajar di sekolah supaya mereka boleh menyampaikan kepada ibubapa mereka,” katanya kepada TheJakartaPost.

Sebuah penternak ikan laga di Jakarta Selatan, Asep Syarifuddin yang telah menjalankan perniagaan ini sejak tahun 1973 berkata kesedaran masyarakat tentang kebaikan ikan laga untuk mencegah demam denggi ini semakin memberangsangkan dan beliau sendiri pernah menyumbang 6000 ekor ikan seminggu kepada penduduk Kepulauan Seribu pada tahun 1990-an.

Walau bagaimanapun, tidak ada banyak permintaan untuknya lagi di Jakarta kerana sudah ada peningkatan kesedaran tentang kebersihan dan sebagainya.

“Ia adalah lebih baik juga kerana pencegahan adalah lebih baik daripada merawat,” kata Asep.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker