AntarabangsaIsu Semasa

Kenapa Trump “Terburu-Buru” Nak Jual Teknologi Nuklear Kepada Arab Saudi?

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump (AS) dilaporkan memintas Kongres untuk mempercepatkan penjualan loji nuklear milik negara AS kepada Arab Saudi, walaupun langkah itu melanggar undang-undang negara yang melindungi peralihan teknologi, menurut sebuah laporan baru oleh jawatankuasa Kongres.

Berikutan itu, penganalisis keselamatan meluahkan kebimbangan kerana teknologi itu akan membolehkan Arab Saudi untuk membangunkan senjata nuklear pada masa akan datang, dan ini berpotensi mewujudkan perlumbaan senjata (arms race) di Timur Tengah.

Penggubal undang-undang di AS juga bimbang tentang kestabilan Riyadh di bawah kepimpinan Putera Mahkota, Mohammed Bin Salman (MBS) kerana dakwaan pembabitannya dalam kes pembunuhan kejam wartawan terkemuka, Jamal Khashoggi dan isu peperangan di Yaman.

Difahamkan, ramai pemberi maklumat (whistleblower) yang tidak dinamakan telah tampil ke hadapan untuk memberi amaran tentang cubaan Rumah Putih mempercepatkan peralihan teknologi nuklear AS yang amat sensitif untuk membina loji kuasa nuklear di Arab Saudi.

“Pemberi-pemberi maklumat (whistleblower) yang datang telah memberi amaran tentang konflik kepentingan yang berlaku di kalangan penasihat-penasihat Rumah Putih yang menunjukkan pelanggaran undang-undang jenayah persekutuan,” kata Elijah Cummings, pengerusi Demokrat jawatankuasa itu, dalam sepucuk surat yang dihantar ke Rumah Putih pada Selasa baru-baru ini.

Kini, jawatankuasa Kongres itu sedang melakukan penyiasatan ke atas langkah yang diambil syarikat-syarikat tenaga nuklear AS untuk mendapatkan kelulusan pentadbiran Trump dalam membina loji tenaga nuklear di Arab Saudi serta negara-negara Arab yang lain.

IP3 International

Salah satu syarikat yang menjadi ‘sasaran’ dalam siasatan Kongres adalah IP3 International, iaitu sebuah konsortium pengeluar tenaga nuklear yang telah mula melobi ketika peralihan kuasa daripada bekas Presiden, Barack Obama ke Trump pada hujung tahun 2016 dan awal 2017, untuk mendapatkan kelulusan bagi membangunkan loji tenaga nuklear di Arab Saudi.

Pada 12 Februari tahun ini pula, Trump telah bertemu dengan wakil-wakil IP3 International dan ketua pegawai eksekutif (CEO) daripada syarikat pengeluar tenaga nuklear utama untuk membincangkan pembangunan loji tenaga nuklear di Jordan dan Arab Saudi.

Menurut jawatankuasa itu yang memetik laporan Bloomberg News, mesyuarat tersebut dimulakan oleh pengasas IP3, Jeneral (B) Jack Keane.

Pelan rancangan IP3 telah berulang kali dipromosikan kepada pegawai-pegawai Rumah Putih oleh Thomas Barrack, iaitu rakan peribadi Trump.

‘KEKECOHAN & PENGKHIANATAN’

Pemberi maklumat telah memberi amaran bahawa persekitaran kerja dalam Rumah Putih menyaksikan kekecohan, ketidakfungsian, dan juga pengkhianatan.

Lantikan-lantikan politik Trump juga mengabaikan arahan daripada penasihat-penasihat etika di Rumah Putih yang kerap mengarahkan mereka untuk menghentikan segala ‘usaha’ ini, namun gagal berbuat demikian.

Sementara itu, Ahli Senat Demokrat, Jeff Merkley dengan sokongan Ahli senat Republikan, Rand Paul,  mengeluarkan usul yang bertujuan untuk menyekat Arab Saudi daripada membangunkan bahan bom dengan melarang negara itu memperkayaan uranium atau menggunakan semula plutonium daripada mana-mana loji tenaga.

 

TRUMP HANYA MEMILIH INDIVIDU YANG DIGEMARINYA

Dalam pada itu, laporan jawatankuasa Kongres juga memberi fokus terhadap bekas Penasihat Keselamatan Negara, Michael Flynn, yang merupakan seorang jeneral tentera yang sudah bersara.

Pada tahun 2016, Flynn memegang jawatan penasihat kepada anak syarikat IP3 dan pada masa yang sama berkhidmat dalam kempen pilihan raya Trump.

Menurut pemberi maklumat, Flynn merupakan salah seorang pelobi dalam rancangan IP3 untuk menjual loji tenaga nuklear kepada Arab Saudi ketika tempoh peralihan kuasa selepas Trump memenangi pilihan raya presiden dan semasa Flynn dilantik menjadi penasihat keselamatan negara.

Ketika Trump dilantik menjadi presiden secara rasmi pada awal tahun 2017, Bud Mcfarlane, iaitu bekas penasihat keselamatan kepada mantan presiden, Ronald Reagen dan kini penasihat kepada IP3, telah menghantar draf dokumen

As Trump took office in early 2017, Bud McFarlane, former President Ronald Reagan’s national security adviser and now an adviser to IP3, emailed Flynn draft documents for the president’s signature outlining a new “Marshall Plan for the Middle East” centred on development of dozens of civilian nuclear power plants by US companies.

Di bawah undang-undang AS, sebarang urus niaga untuk menjual teknologi tenaga nuklear kepada Arab Saudi memerlukan perjanjian di antara AS dan Arab Saudi yang mendapat kelulusan Kongres supaya bahan-bahan yang boleh dibelah dapat diletakkan di bawah pengawasan dan kawalan Agensi Tenaga Atomik Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada 1 Januari 2017 pula, Bud McFarlane, bekas penasihat keselamatan negara kepada mantan presiden, Ronald Reagen, yang juga merupakan pengasas IP3 dan CEO kepada enam syarikat, telah menghantar surat kepada MBS yang bertujuan untuk mempromosikan pelan rancangan itu.

“Hal ini adalah lebih tentang Trump yang mahu membantu Arab Saudi atas sebab kewangan dan untuk melindungi Arab Saudi menentang Iran dalam rantau itu.

“Tetapi Arab Saudi tidak memerlukan tenaga nuklear, kerana jika mereka memperolehnya, mereka hanya akan menggesa Iran untuk memulakan semula program nuklearnya. Ini adalah Trump memilih individu-individu yang digemarinya di Timur Tengah, dan ia tidak akan berakhir dengan baik,” kata Tom Collina, pengarah dasar di Ploughshares Fund.

 

 

 

Sumber: Al-Jazeera

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker