Events

12 Jenama Trendy Hong Kong Akan Menarik Perhatian Penggemar Barangan Unik

Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong (Hong Kong Trade Development Council – HKTDC) akan melakukan pameran untuk menampilkan produk-produk hebat dari negara itu.

Pameran jualan akan diadakan di dua buah pusat membeli-belah di Selangor iaitu di 1Utama dan Da Men Mall.

KHTDC DG Studio Promotion Event akan memperlihatkan produk gaya hidup yang trendy dari dua belas jenama tempatan Hong Kong seperti Artiart, Konstar, Team Green, Hoobbe, Hyone, Tea Lab, MH Blocks, Eco Concepts, Paris Garden, Cardhoda, Kilovest dan SOAP Studio.

Sumber Imej: www.eddyrushfatboys.asia
Sumber Imej: www.eddyrushfatboys.asia
Sumber Imej: www.ranechin.com

Produk yang bakal berada di pameran jualan ini terdiri daripada hadiah untuk teristimewa, perlatan rumah, fesyen dan aksesori, perhiasan rumah, puzzle kayu 3D dan banyak lagi.

Untuk yang gemarkan barangan dari “Pearl Of The Orient” ini, jangan lepaskan peluang kerana pameran jualan ini hanya akan ada sehingga hujung minggu ini sahaja.

20 Februari sehingga 24 Februari 2019 di Pusat Membeli-belah 1 Utama (New Wing, Aras LG Highstreet, berhadapan butik Reebok).

20 Februari sehingga 26 Februari 2019 di Da Men Mall Mall (LGB1, Aras LG).

Bagi yang berkesempatan untuk hadir ke pameran jualan ini, jangan lupa untuk menggunakan hashtag ini:

#HKTDC #DGStudioHK #DGStudio

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker