Sukan

Universiti Brunel di London Mengeluarkan Hijab Tersendiri Untuk Menggalakkan Wanita Bersukan

Universiti Brunel di London mahu menggalakkan wanita Islam untuk bermain sukan dengan melancarkan hijab sukan.

Sebuah kajian pada tahun 2017 oleh Badan Sukan England telah melihat 18% wanita Islam bermain sukan berbanding 30% populasi wanita UK secara keseluruhannya.

Pelajar pengurusan perniagaan dan pengguna gim, Faith Al Saad merasa 100% yakin dengan penggunaan hijab sukan ini kerana ia dapat menarik wanita Islam untuk bersukan.

Sumber Imej: stylist.co.uk

“Saya rasa hijab ini adalah penyelamat. Ia rasa seperti tidak memakai apa-apa di kepala,” katanya.

Presiden persatuan pelajar, Ranjeet Rathore berkata,”Wanita Islam selama ini bersukan dalam lingkungan peribadi dan tidak memasuki sebarang pertandingan atau menggunakan sukan untuk bersosial dan sebagai aktiviti harian.”

Pasukan Brunel bersama Ranjeet Rathore,. Sumber Imej: brunel.ac.uk

Sebelum ini sememangnya terdapat jenama sukan yang mengeluarkan hijab sukan tetapi Brunel mengeluarkan sendiri hijab untuk para pelajar mereka.

Brunel berharap universiti lain akan mengikuti jejak langkah mereka dan menampilkan rekaan mereka tersendiri untuk menggalakkan penyertaan wanita Islam untuk bersukan.

“Kini terdapat universiti lain yang mahu bekerjasama dengan kami dengan mengambil sampel hijab kami untuk mereka mencipta hijab mereka tersendiri dan ini adalah berita yang sangat baik,” ujar Rathore.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker