SukanTeknologi

Kejohanan APAC Predator League 2019 Meriah di Bumi Thailand

Kejohanan APAC Predator League 2019 berlangsung dengan jayanya hujung minggu ini di Bangkok, Thailand dimana kejohanan tersebut mempertandingkan dua permainan e-sukan iaitu Dota 2 dan PUBG.

Sebanyak 26 pasukan berentap untuk bergelar juara terdiri daripada pemain-pemain dari 16 negara Asia Pasifik.

TNC Predator dari Filipina telah dinobatkan sebagai juara bagi kejohanan Dota 2 dengan menewaskan pasukan Boom ID dari Indonesia dengan skor 2-0.

Juara kejohanan Dota 2, TNC Predatordari Filipina | kredit gambar – MyGameOn.my

Dengan kejayaan ini, TNC Predator berjaya membawa pulang wang hadiah sebanyak USD75,000 (RM300,000) bersama 5 komputer riba Predator Helios 300.

Manakala Boom ID sebagai naib johan membawa pulang wang hadiah sebanyak USD30,000 (RM120,000). Tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh pasukan dari Malaysia iaitu Geek Fam dan Lotac.

Buat kejohanan PUBG pula, pasukan AfreecaFreecs Fatal dari Korea Selatan menjuarai keseluruhan 15 pusingan PUBG tersebut dengan jumlah 163 mata.

Juara kejohanan PUBG, AfreecaFreecs Fatal dari Korea Selatan | kredit gambar – MyGameOn.my

Juara turut membawa pulang wang hadiah sebanyak USD75,000 (RM300,000) bersama 4 komputer riba Predator Helios 300.

Tempat kedua kejohanan ini dimenangi oleh pasukan Purple Mood Esport dari Thailand dan tempat ketiga pula milik pasukan dari Australia, pasukan Immunity.

Pasukan dari Malaysia, Asbol hanya mampu berada di tangga ke-13 dengan 49 jumlah mata.

Acer sebagai penganjur kejohanan ini memberikan pengalaman terbaik buat atlet e-sukan di rantau Asia Pasifik ini dan juga kepada peminat e-sukan.

APAC Predator League 2020 | kredit gambar – MyGameOn.my

Bagi kejohanan APAC 2020 pula, Filipina telah diumumkan sebagai tuan rumah dan ramai komuniti gamers sudah pun tahu Filipina adalah negara yang mempunyai pasukan e-sukan yang hebat dalam permainan Dota 2.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker