Hiburan

Maya Karin Manfaatkan Populariti Untuk Alam Sekitar

Pelakon popular Maya Karin mengambil serius peranan barunya sebagai duta untuk projek River of Life Kementerian Wilayah Persekutuan.

Selebriti berusia 39 tahun itu teruja untuk menjalankan tanggungjawabnya dalam mengingatkan orang ramai untuk memulihara dan menjaga sistem sungai dan tidak hanya memperlakukannya seperti tempat buangan sampah.

“Kita mesti menghargai sungai kita. Kewujudan sungai bukan untuk menjadi tempat buangan sampah. Sungai adalah sungai dan sampah perlu dibuang di tempat yang betul,” katanya dipetik dalam laporan berita semalam.

Aktres, yang baru-baru ini dipilih oleh kementerian sebagai duta untuk projek itu selama setahun, juga merasa terhormat apabila usahanya memelihara dan memulihara alam sekitar telah diperhatikan oleh pihak berkuasa, dan penglibatannya baru-baru ini bukan sekadar kerana kementerian memerlukan seseorang yang cantik untuk menjadi duta kempen.

“Projek ini kini kira-kira 80 peratus selesai dan kami menyedari betapa masih kurang kesedaran di kalangan orang ramai. Kerajaan membelanjakan RM500,000 sebulan untuk mengekalkan sistem sungai dan memperuntukkan RM6 juta setahun untuk tujuan ini.

“Kesemua usaha ini akan sia-sia jika kita memilih untuk tidak mengubah minda kita terhadap sungai dan kebersihan mereka,” katanya.

Sebulan yang lalu, Maya memuatkan naik gambarnya yang sedang menikmati kedinginan air di sebatang sungai.

Image result for maya karin

Foto Instagam ini, yang diberi caption sebagai “clean rivers, #mayalovesnature” telah menjadi hit dengan dalam kalangan netizen terutama di Twitter.

Sejak itu, lebih daripada 100 pengguna media sosial telah memuat naik gmbar di sungai versi mereka sendiri.

Maya terkejut dengan populariti foto itu dan dengan sepenuh hati menyambut baik penerimaan pengikutnya.

Maya menggambarkan respon itu sebagai tanda bahawa rakyat Malaysia semakin memberi perhatian terhadap alam sekitar dan mula menjaga sungai.

Baru-baru ini, dia memuat naik 17 foto peminatnya di Instagram, yang ditulis #riverchallenge dan #riveroflife.

Koleksi foto itu menjana lebih daripada 100 jawapan daripada netizen, yang menyatakan kesediaan mereka untuk mengambil gambar yang sama.

Ramai di antara mereka memuji dan mengucapkan terima kasih kepada Maya atas aktivisme dan kempen alam sekitar yang dijalankannya untuk mengekalkan kebersihan sungai sepanjang sedekad yang lalu.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button