AntarabangsaIsu Semasa

Hawaii Rancang Naikkan Umur Minimum Merokok Kepada 100 Tahun

Umur minimum merokok mungkin dinaikkan kepada 100 tahun di Hawaii, memandangkan negeri itu kini dalam proses untuk membanteras rokok secara menyeluruh dalam tempoh lima tahun akan datang.

Dalam rang undang-undang baru yang dicadangkan oleh Demokrat Richard Creagan, umur minimum untuk membeli rokok akan meningkat dari 21 tahun kepada 100 tahun antara 2020 dan 2024.

Umur sah untuk membeli rokok akan meningkat kepada 30 pada tahun 2020, 40 pada 2021, 50 pada tahun 2022, dan 100 pada tahun 2024.

Rang undang-undang ini bagaimanapun akan mengecualikan rokok elektronik, cerut dan tembakau tanpa asap.

Tetapi, untuk menjadi undang-undang yang sah di negeri itu, ia perlu melalui badan perundangan negeri dan meninjau tindak balas umum yang berpotensi ditentang kuat oleh syarikat tembakau.

Dr Creagan, yang merupakan doktor bilik kecemasan sebelum beliau dipilih sebagai wakil negeri pada tahun 2014, memanggil rokok sebagai “artifak yang paling berbahaya dalam sejarah manusia” dalam rang undang-undang itu.

Hawaii mempunyai sejarah undang-undang progresif untuk menyekat merokok. Pada tahun 2016, ia adalah negeri pertama AS yang meningkatkan usia merokok kepada 21 tahun.

California, New Jersey, Massachusetts, Oregon dan Maine juga turut memperkenalkan undang-undang sama, sementara di negeri Amerika Syarikat yang lain, umur sah untuk membeli rokok adalah 18 atau 19.

Dr Creagan memberitahu Hawaii Tribune-Herald bahawa “industri yang sangat buruk” telah menjadikan rokok sebagai “suatu ketagihan, walaupun ia sangat berbahaya”.

“Kita tidak membenarkan akses bebas kepada opioid untuk orang awam atau mana-mana ubat preskripsi. Tetapi rokok masih bebas diakses,” katanya.

USA Today melaporkan kadar merokok telah jatuh secara nasional dari 20.9 peratus daripada orang dewasa Amerika pada tahun 2005 kepada 15.5 peratus pada 2016. Angka bagi mereka yang berusia di bawah 18 tahun adalah di bawah tujuh peratus.

“Oleh kerana kadar merokok semakin rendah, kita sebenarnya boleh mula memikirkan apa yang saya panggil strategi akhir, yang bermaksud kita berada pada titik di mana kita boleh menghentikan orang daripada merokok, ” kata Michael Siegel, seorang profesor di Boston University’s School yang turut merancang RUU itu.

Data banci terkini di Hawaii menunjukkan jumlah penduduk negeri itu adalah 1.428 juta, dengan sekitar 17,000 orang berumur 85 tahun.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker