Sains

Rahsia Lidah Kucing Bakal Diaplikasikan Menjadi Sikat Rambut Futuristik Untuk Manusia

Penyelidik dari Amerika Syarikat (AS) telah menyelongkar rahsia disebalik lidah kucing yang digunakan untuk membersihkan diri mereka.

Kita sering melihat kucing akan menjilat bulu mereka tetapi tahukah anda mengapa mereka melakukannya dan apa yang terdapat pada lidah tersebut untuk melakukan hal ini?

Sumber Imej : columbian.com

Lidah kucing memiliki 300 struktur tajam yang berbentuk seperti penyedok yang dipanggil filiform papilae. Ia dilembapkan dengan air liur kucing untuk membersihkan bulu mereka.

Laporan yang dikeluarkan oleh Proceedings of the National Academy of Sciences ini telah mengatakan papilae berbentuk kon ini adalah seperti kuku kecil.

Secara realitinya struktur ini diperbuat daripada keratin dan dihujungnya memiliki bentuk ‘U’.

“Ia kelihatan seperti paip yang dipotong separuh,” kata penulis bersama Alexis Noel, sebuah pengkaji dari Georgia Tech Research Institute.

“Ia bertindak seperti penyedut kopi yang apabila kita masukkan penyedut itu ke dalam cecair, air tersebut akan terus naik ke permukaan yang berlekuk itu.

Sumber Imej: treehugger.com

Oleh itu apabila kucing menjilat bulu mereka, ia berupaya untuk memasukkan cecair ke dalam struktur tajam lidah dan menembusi ke dalam bulu dan menyebarkan air liur yang digunakan sebagai ajen pembersihan diri mereka ke seluruh permukaan yang berbulu,” kata Noel yang memiliki latar belakang dalam kejuruteraan mekanik.

Kucing mengambil suku daripada kehidupan mereka untuk membersihkan diri dan 14 jam dihabiskan untuk tidur.

Menjaga bulu mereka membantu mengeluarkan kutu, habuk dan haba berlebihan dalam badan mereka.

Terdapat dua fungsi bulu iaitu pada lapisan luaran, ia adalah untuk melindungi badan mereka dan pada bahagian dalam pula untuk memanaskan badan mereka.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Noel dan rakan-rakannya, mereka telah mengkaji enam jenis kucing termasuk kucing domestik, harimau dan juga singa.

Para pengkaji juga telah membedah lidah pada kucing yang telah mati dan merakam video pada kecepatan yang pantas semasa kucing domestik sedang menjilat bulunya.

Kajian ini dilakukan untuk diaplikasikan dalam sikat rambut futuristik untuk manusia bagi kegunaan industri.

“Perkara ini sangat membantu dalam teknologi pembersihan karpet seperti menyebarkan cecair agen pembersihan ke dalam karpet,” jelas Noel.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker