AntarabangsaIsu Semasa

China Boleh ‘Peras Ugut’ Rakyat AS Menerusi Pelaburan Dalam Bioteknologi?

Pelaburan China dalam industri bioteknologi Amerika Syarikat (AS) boleh mendatangkan risiko terhadap keselamatan kuasa Barat itu, memandangkan terdapat kemungkinan pelaburan ini dapat membolehkan China mendapat akses data-data pesakit rakyat AS, yang boleh digunakan untuk memeras ugut mereka.

Menurut Suruhanjaya Ekonomi dan Keselamatan AS-China, syarikat-syarikat bioteknologi di China mempunyai akses terhadap teknologi dan data menerusi pelaburan mereka dalam syarikat AS, perjanjian perkongsian bersama universiti-universiti Amerika, dan pengrekrutan penyelidik-penyelidik terlatih dari negara itu.

“Syarikat bioteknologi China memperoleh teknologi-teknologi yang penting untuk kemajuan bidang ini dan juga mempunyai ‘koleksi besar’ data klinikal dan genetik milik rakyat AS,” kata laporan yang diterbitkan pada 14 Februari tersebut.

Sementara itu, undang-undang baru AS telah meletakkan bioteknologi pada tahap yang sama dari segi kepentingan terhadap keselamatan negara seperti aeroangkasa dan cip mikro.

Tetapi, syarikat-syarikat swasta bioteknologi AS pula dilihat amat bergantung kepada dana pelabur-pelabur dari China.

Pitchbook, sebuah firma data berkata, sekurang-kurangnya seorang pelabur China telah terlibat dalam 41 perjanjian kewangan bioteknologi AS yang bernilai AS$2.6 bilion secara keseluruhan pada tahun 2018.

Secara teori, memiliki akses terhadap maklumat peribadi rakyat AS menimbulkan risiko pemerasan ugut dan juga boleh mendedahkan keadaan kesihatan seseorang yang boleh dieksploitasi dalam serangan bersasar,” kata laporan itu lagi.

Walaupun menyedari bahawa China adalah “pencetus utama serangan siber ke atas AS” yang menyasarkan data-data penjagaan kesihatan peribadi, laporan suruhanjaya tersebut menyatakan bahawa masih tiada bukti yang menunjukkan kerajaan China telah menggunakan data berkenaan secara “strategik dan bermusuhan” setakat ini.

Sumber: Bloomberg

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker