Sukan

Gary Neville Rasa Belum Masanya Untuk Man U Mengumumkan Solskjaer Sebagai Pengurus

Gary Neville percaya bahawa Manchester United seharusnya menunggu sehingga akhir Mac untuk menentukan siapa yang patut memegang jawatan pengurus pasukan bola sepak itu.

Ole Gunner Solskjaer merupakan kegemaran para ‘bookie’ kerana telah memegang rekod tanpa kalah untuk 11 permainan semasa menjadi pengurus interim pasukan Manchester United dengan memenangi 10 perlawanan tersebut setelah Jose Mourinho dipecat pada bulan Disember yang lalu.

Walau bagaimanapun, dengan kejohanan penting yang bakal muncul iaitu Piala FA dan Liga Juara-Juara, Neville merasakan mereka seharusnya tunggu sehingga akhir bulan Mac atau permulaan April untuk memutuskan siapa yang layak menjadi pengurus pasukan.

“Saya rasa ia terlalu awal untuk memberinya jawatan tersebut. Saya rasa penghujung Mac merupakan masa terbaik untuk melakukannya dan melihat ke bulan April yang hanya tinggal enam minggu lagi, barulah buat keputusan berdasarkan pencapaian tiga ke hingga empat bulan yang dijalaninya. Mereka harus juga mengambil kira bagaimana perasaan kelab dan pemain serta melihat keputusan yang dicapai.

 

Manchester United Belum Melalui Perlawanan Yang Sukar

“Ini kerana mereka belum melalui tujuh hingga lapan perlawanan yang sukar. Saya rasa ia lebih baik untuk melihat dalam masa tiga sehingga empat bulan tetapi Ole Gunnar Solskjaer telah meletakkan dirinya dalam posisi yang “harus” mendapatkan jawatan terbabit.

Jika Manchester United berterusan dengan pencapaian sekarang sehingga akhir musim dan dapat kedudukan empat teratas, ia akan memberikan risiko yang besar untuk tidak memberi jawatan tersebut kepada Solskjaer.

Tetapi jika memasuki bulan Oktober dan mereka telah mengeluarkan wang sebanyak 30 hingga 40 juta pound untuk mendapatkan jurulatih baru dan mereka berada di tangga ke lima, pasti ramai akan berang. Orang akan kata: mengapa mereka memberi tugas tersebut kepada Ole dan dia tidak memberikan yang terbaik?

Gary Neville

Saya rasa pengumuman yang dilakukan ini seharusnya tidak dilakukan kerana apabila ia berlaku, pasti akan muncul lagi persoalan ‘siapa yang patut ditandatangani dan siapa yang bakal disingkirkan’. Pada masa sekarang, perasaan dikeliling masih baik tetapi apabila¬† tugasan itu datang, persoalan lain akan muncul dan berubah,” kata Neville yang dipetik dari Skysports.

 

Neville Mengakui Solskjaer Membawa Kegembiraan

Walaubagaimanapun, Neville mengakui Solskjaer telah memberi kegembiraan kepada peminat dan telah meningkatkan lagi mutu permainan pemain.

United telah memenangi perlawanan di antara Fulham pada Sabtu lalu dan menamatkan hujung minggu di tangga yang keempat setelah kedudukan di Liga Juara-Juara kelihatan samar-samar apabila Mourinho pergi.

“Ia lebih dari sekadar loncatan jika dilihat dari permainan mereka. Untuk melakukan apa yang mereka lakukan di Fulham, mereka kelihatan selesa dan ia tidak selalunya begitu sejak lima hingga enam tahun yang lalu. Solskjer telah memberi impak yang baik ke atas para pemain.¬†

Kita melihat pelbagai jenis permainan. Di Fulham mereka keluar dengan sangat cepat dengan dua gol dan telah berjaya mengawal dan mengurus permainan dengan baik. Ia sangat menggembirakan melihat corak permainan ini. Permainan menentang Leicester pula dilihat sangat cekal dan berdaya tahan.

Dua bulan yang lalu saya berkata Manchester United seharusnya mendapatkan pengurus pasukan yang terbaik di dunia. Saya sejujurnya rasa ia akan mengambil masa lima bulan untuk Ole masuk dan menyatukan semula pasukan kerana mereka semua menyukainya.

Para pemain berinteraksi dengan baik dengannya, para peminat mencintainya sehingga menyanyikan namanya dari awal sehingga akhir perlawanan di Fulham. Para peminat sebenarnya telah banyak mempengaruhi keputusan majlis tertinggi kerana mereka tidak boleh bertentangan dengan penyokong. Ia adalah sesuatu yang besar dan mereka sayangkan Solskjaer,”jelas Neville.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker