Isu SemasaTempatan

Hutan Negara Terancam Kerana Permintaan Eksport Durian

Peningkatan permintaan durian yang tinggi dari negara China kini menjadi punca aktiviti pembasmian hutan di Malaysia, dengan pakar alam sekitar memberi amaran bahawa sejumlah besar hutan sedang digondolkan untuk membuka ladang raja buah itu.

Hidup dalam cuaca tropika Asia Tenggara, durian digelar sebagai “raja buah” oleh para peminatnya yang menyamakan teksturnya yang berkrim dan beraroma dengan keju biru.

Tetapi pengkritik dunia mengatakan durian berbau busuk dan bertekstur seperti makanan basi. Bau yang kuat menyebabkan hotel di rantau ini telah mengharamkan para tetamu untuk membawa durian ke bilik, sementara Singapura tidak membenarkan pembawaan buah itu dalam sistem kereta api bawah tanahnya.

Walau bagaimanapun, durian mendapat perhatian di China dan peningkatan permintaan telah mendorong pengeksport untuk bersaing dalam pasaran yang lebih besar.

Penanam di Malaysia semakin beralih dari kebun kecil ke operasi berskala industri – satu trend yang mana pakar alam sekitar memberi amaran akan memberikan ancaman baru kepada hutan hujan yang telah sekian lama diancam oleh pembalak haram dan ladang kelapa sawit.

“Buat masa ini, durian mendapat banyak perhatian dari pasaran China,” kata Sophine Tann, dari kumpulan perlindungan alam sekitar Peka, yang telah mengkaji penggondolan tanah untuk memberi jalan kepada ladang durian.

“Pembasmian hutan untuk menanam durian adalah sebagai persediaan untuk memenuhi permintaan yang tinggi itu.”

Di dalam kawasan hutan Raub di Malaysia, kawasan hutan hujan baru-baru ini telah digondolkan untuk membuat ladang baru, dengan anak pokok durian ditanam di lereng bukit yang kosong.

Perkebunan ini bersebelahan dengan kawasan hutan simpan, yang merupakan rumah kepada pelbagai spesies binatang, dari monyet hingga burung eksotik.

Sungai berdekatan kini keruh dan penuh dengan batang pokok kesan dari pembalakan, lapor AFP.

Satu tanda di luar ladang itu berkata ia dijalankan oleh Ample Harvest Produce, tetapi kakitangan syarikat enggan mengulas apabila dihubungi mengenai kehilangan pokok di kawasan itu.

Peka berkata status tanah itu ditukar oleh kerajaan tempatan untuk membenarkan pembalakan, tetapi pihak berkuasa tempatan tidak memberi respon kepada permintaan wartawan untuk memberi komen.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Baca Juga

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker