BudayaGaya HidupIbu dan Anak

10 Cara Untuk Berbincang Bahagian Sulit Dengan Anak Anda

Ibubapa sering kali mengelak untuk berbincang tentang hubungan intim dengan anak mereka. Guru-guru pula sering kali mengajar tentang anotomi manusia sepintas lalu dan remaja kita pula berbincang tentangnya secara diam-diam.

Mengapa kita sering malu untuk berbincang tentang hal ini?

Perkara ini merupakan taboo untuk kita di Asia. Ia memang sudah tertanam di dalam budaya kita untuk tidak berbincang tentang perkara ini secara terbuka. Oleh sebab ini juga ibubapa rasa kekok dan tidak selesa.

Namun begitu, perkara ini juga telah menyebabkan anak muda kita tidak memahami kesihatan seksual dan organ pembiakan manusia sehingga akhirnya ramai yang tersilap membuat keputusan.

Ramai pakar menginginkan perkara ini berubah dan mahu ia dimulakan dari dalam keluarga.

Sememangnya perkara ini tidak mudah dan boleh dilakukan dengan sekelip mata sahaja tetapi sebagai ibu bapa bertanggungjawab ia perlu sebelum terlambat.

 

Mengapa perbincangan tentang perkara berkaitan seksual ini penting di kalangan ibubapa dan anak?

Apabila kita mula berbincang tentang perkara ini, kita boleh menyediakan anak kita dengan pemahaman dan perlunya menghormati tubuh badan sendiri secara fizikal dan mental.

Pada era digital, informasi sangat mudah untuk didapati tidak kira sama ada perkara itu baik atau jahat, betul atau salah. Oleh itu, ibubapa perlu memainkan perkara ini agar anak kita tidak tersilap menafsir informasi yang mungkin akan menjejaskan persepsi minda anak .

 

Langkah terbaik untuk berbincang dengan anak tentang perkara ini.

 

1. Jangan memberi nama samaran kepada bahagian sulit anak.

Ini adalah supaya anak kita tidak mendapat persepsi untuk malu dengan bahagian tersebut tetapi mereka sebaliknya harus diajar untuk menghargai serta menghormati bahagian-bahagian ini.

Adalah terbaik untuk merujuk bahagian-bahagian ini dengan terma biologi/sains.

 

2. Jadikan perbincangan seperti perbincangan normal harian

Kemungkinan untuk menjadikannya perbincangan “normal” adalah agak sukar tetapi yakinlah ia akan mendatangkan manfaat yang baik untuk anak anda.

Bincangkan perkara ini seperti mana anda berbincang tentang sekolah, sukan dan aktiviti-aktiviti lain.

 

3. Tidak mengapa jika ada perkara yang ibubapa tidak tahu jawab

Bersikap jujurlah kepada anak anda sendiri. Jika anda tidak tahu jawapan yang tepat untuk sesuatu persoalan, beritahu mereka bahawa apabila sudah menemui jawapannya anda akan berkongsi dengan anak anda tentangnya secepat mungkin.

 

4. Mula mengajar apabila anak anda sudah boleh memahami sesuatu.

 

5. Ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan ilmu terdahulu tentang perkara ini.

Ibubapa juga perlu sedar bahawa ilmu ini juga luas. Ini termasuk melalui proses pertumbuhan seseorang sehingga memastikan keadaan anak selamat dan terjamin.

Ini juga termasuk pemahaman tentang tubuh manusia dan perkataan / terminologi yang betul.

 

6. Menggalakkan perhubungan yang sihat

Menghormati antara sesama manusia adalah penting dan sentiasalah mengingati anak anda untuk sentiasa melindungi diri mereka.

 

7. Mengambil peluang apabila berdepan situasi di depan mata

Contohnya apabila sedang menonton televisyen bersama, seorang remaja mengandung muncul di kaca TV. Ibubapa boleh mengajar anak mereka tentang proses kehamilan pada masa ini.

Jika anak anda sudah remaja, bincanglah dengan mereka kemungkinan emosi yang bakal dilalui oleh seorang remaja yang harus mengandung.

 

8. Perbincangan ini harus berterusan dan sejajar dengan peredaran umur anak

Seorang jurulatih/penasihat ibubapa, Zaid Mohamad berkata ibubapa yang mempunyai anak berusia dua tahun boleh mula bercakap dengan mereka tentang tubuh badan manusia, tingkah laku peribadi dan perbezaan di antara lelaki dan perempuan.

Apabila anak anda beranjak lima tahun, perbincangan antara ibubapa dan anak boleh dimasukkan topik untuk memahami dan menghormati tubuh badan sendiri. Contohnya apa yang dikatakan sentuhan yang boleh dan yang mana tidak boleh dan juga bila sepatutnya seseorang perlu berkata ‘tidak’ atau ‘jangan’. 

Memasuki fasa remaja, topik yang dibincangkan pula bertukar kepada cara menangani akil baligh, perubahan bentuk badan, perhubungan dan banyak lagi.

Adalah sangat disarankan untuk mengaitkan nilai kekeluargaan supaya komunikasi ini berjalan dengan lebih lancar.

 

9. Jadilah ibubapa yang mudah didekati atau tempat untuk anak kita bertanyakan soalan dan bukan menjadi seorang pensyarah.

Hubungan dua hala dan mendengar adalah perkara yang penting.
Jangan terlalu cepat untuk menghukum dan mengetepikan pandangan mereka untuk mengelak daripada mereka tidak bertanya kepada anda lagi.

 

10. Ajar anak perempuan dan anak lelaki tidak mengira jantina

Ini kerana ia adalah amat penting untuk mengajar anak lelaki untuk menghormati perempuan dan keputusan yang mereka lakukan.

Ia tidak hanya cukup untuk mengajar anak perempuan tentang kehamilan dan bagaimana untuk melindungi diri daripada hamil, anak lelaki juga harus memiliki rasa tanggungjawab yang besar, sifat melindungi dan bertimbang rasa.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button