Isu SemasaTempatan

Tidak Salah Untuk Mengkritik Pemimpin, Tetapi…

Media-media tempatan perlu berusaha untuk mengelak daripada melakukan ‘armchair journalism‘, dan menyampaikan berita yang lebih tepat kepada orang ramai.

Perkara tersebut ditekankan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar ketika berucap pada majlis makan malam bagi meraikan kakitangan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) cawangan Perlis dan pengamal media baru-baru ini.

Difahamkan, ‘armchair journalism’ merujuk kepada laporan berita yang hanya diperoleh wartawan dari bilik berita tanpa keluar untuk mewawancara/menebual sumber berita berkeaan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar – Sumber: The Sun Daily

Mahfuz berkata, laporan-laporan yang tidak tepat boleh menyebabkan masyarakat berasa tidak senang dan tidak selamat.

“Sebagai wartawan yang berpengetahuan, mereka sepatutnya membantu kerajaan menyampaikan maklumat yang tepat (kepada rakyat).

“Sebagai individu yang berpengalaman, wartawan mempunyai tanggungjawab terhadap negara,” katanya.

Ujar beliau lagi, terdapat juga individu yang menceburi bidang kewartawanan semata-mata kerana minat, namun mereka tidak mempunyai sebarang asas kewartawanan sehingga menyebabkan mereka menerbitkan berita-berita sensasi sahaja.

“Tidak salah jika kita mahu mengkritik pemimpin, tetapi ia perlu dilakukan dengan rasa tanggungjawab supaya rakyat tidak akan menjadi ‘mangsa’ berita dan maklumat yang tidak tepat,” tegasnya.

Mahfuz turut menggesa pengamal-pengamal media untuk membantu kerajaan dalam memacu negara dengan menyebarluaskan program-program kerajaan, agar semua bentuk maklumat dapat sampai kepada rakyat.

Sumber: Bernama

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker