Sukan

Persaingan 3 Atlet Badminton Negara Bagi Merebut Tempat Ke Olimpik 2020

Setiap negara hanya dibenarkan mempunyai dua wakil beraksi di Olimpik sekiranya kedua-dua pemain berada dalam kelompok 16 terbaik dunia sebaik tamat pusingan kelayakan pada 30 April 2020.

Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei mengakui sedar dirinya bakal berdepan pertembungan tiga penjuru dalam misi untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Dua lagi pemain perseorangan lelaki negara yang turut berada di landasan tepat untuk layak ke Tokyo adalah Lee Zii Jia dan Liew Daren.

Walaupun baru beraksi dalam tiga kejohanan tahun ini, Lee Zii Jia kini sudah memegang status pemain badminton perseorangan lelaki nombor satu negara.

Lee Zii Jia kini sudah memegang status pemain badminton perseorangan lelaki nombor satu negara.

 

Bagaimana Zii Jia Boleh Menjadi Pemain Nombor Satu Negara

Ia berdasarkan kedudukan ranking terbaru dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang menyaksikan pemain berusia 21 tahun itu menghuni ranking ke-28 dunia – melonjak tujuh tangga selepas tempoh satu minggu.

 

Peningkatan itu susulan prestasi cemerlang ditampilkan Zii Jia yang juga juara Terbuka Taiwan 2018 apabila dia berjaya mara sehingga suku akhir dalam tiga kejohanan berturut-turut – Masters Thailand, Malaysia dan Indonesia.

Liew Daren kedua terbaik negara apabila menghuni ranking ke-29 dunia diikuti pemenang pingat perak Olimpik tiga kali, Datuk Lee Chong Wei (30).

Liew Darren pemain kedua terbaik negara

 

Bagaimana Ranking Chong Wei Boleh Jatuh?

Ranking Chong Wei jatuh selepas terpaksa berehat panjang susulan menghidapi kanser hidung dan kini dalam proses kembali turun menjalani latihan di gelanggang.

Walau bagamainapun, pemenang tiga pingat perak Olimpik itu menegaskan, dia akan segera menghantui Zii Jia sebaik kembali beraksi dalam saingan kompetitif bagi merampas kembali status pemain nombor satu negara yang dipegangnya sejak sekian lama sebelum ini.

“Apa yang dicapainya sekarang membuatkan saya bertambah semangat. Ia memberikan motivasi untuk saya yang mana saya perlu bersaing bagi mendapat kembali status pemain nombor satu negara.

Namun, saya tidak mahu memberi tekanan kepada diri sendiri. Apabila saya kembali menyertai kejohanan nanti, yang paling penting saya mahu menikmati kerjaya saya sebagai pemain badminton.

Datuk Lee Chong Wei masih mahu bersaing untuk mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik

 

“Jika tidak layang pun tidak mengapa”- DLCW

Saya sudah merasai semuanya termasuk menjadi pemain nombor satu dunia selama tujuh tahun,” kata Datuk Lee Chong Wei yang kini berusia 37 tahun.

“Apa yang pasti, hanya pemain terbaik akan layak ke Olimpik. Saya akan buat yang terbaik untuk cuba layakkan diri kerana ia akan menjadi penampilan kelima untuk saya di Olimpik.

“Namun, jika saya tidak layak pun tidak mengapa kerana saya sudah empat kali beraksi di Olimpik (sejak 2004). Zii Jia dan Daren tidak pernah beraksi ke Olimpik. Jadi saya pasti mereka juga mahu layak. Semua orang ada peluang untuk layak, kita tidak boleh pandang rendah kemampuan pemain lain,” jelas Lee yang pernah memenangi pigat perak Olimpik sebanyak tiga kali.

Kali terakhir bekas pemain nombor satu dunia berkenaan menyertai kejohanan antarabangsa adalah pada Terbuka Indonesia, Julai tahun lalu.

“Saya akan kembali ke Taiwan bagi melakukan pemeriksaan dengan doktor saya di sana, bulan depan. Sekiranya doktor memberikan lampu hijau, sudah pasti saya akan beraksi di Terbuka Malaysia,” katanya lagi.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker