Isu SemasaTempatan

Penunggang Motor Kapcai Bakal Dikenakan Had Kelajuan?

Penunggang motor kapcai mungkin akan dikenakan had kelajuan sebagai cara untuk membendung kemalangan yang terjadi ke atas penunggang motosikal di bawah 150cc ini.

Menariknya, menurut TheStar perkara ini dicadangkan oleh para penunggang sendiri yang telah menubuhkan sebuah WhatsApp group yang dipanggil ‘Safety First’.

Kumpulan ini memiliki 500 ahli dan memfokuskan penunggang motosikal dengan 150cc ke bawah.

Pengerusi Penubuhan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya atau Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS), Datuk Suret Singh berkata perbincangan tentang cadangan ini akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Kumpulan ini telah memberi cadangan untuk mengurangkan kadar kemalangan membabitkan motosikal dan mereka mengakui bahawa seharusnya terdapat had kelajuan ke atas motosikal sebegini.

Menurut apa yang mereka katakan, mereka mahukan sedikit ruang di atas jalan raya dan tidak meminta untuk jalan tersendiri.

Ini juga bermaksud bahawa mereka terbuka untuk berbincang,” kata Datuk Suret dalam sebuah majlis penyerahan tugas yang mana MIROS sebelum ini telah dipengerusikan oleh Tan Sri Lee Lam Thye sejak tahun 2015.

Menurut statistik Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, lebih daripada 4000 penunggang kapcai telah terbunuh setiap tahun. 

Oleh itu, sebagai pengerusi yang baharu perkara ini merupakan antara matlamat utama yang perlu ditangani.

“Jumlah ini telah mewakili 60% daripada kematian di jalan raya setiap tahun dengan kebanyakan daripada mangsa yang terlibat adalah lelaki berusia dari umur 15 sehingga 25 tahun.

Sebanyak 10 hingga 15 orang muda telah kehilangan nyawa mereka yang mana seharusnya mereka berkahwin dan hidup gembira bersama keluarga,” tambah Datuk Suret.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button