Bisnes & Ekonomi

CubeCrate: Kotak Untuk Anda Yang Sukakan Hadiah

Memulakan perniagaan pada tahun 2015 semasa masih belajar, pada tahun 2018 Tan Jen Li telah menumpukan sepenuh perhatian terhadap perniagaan yang telah diasaskan dengan kos awal sebanyak RM10,000 oleh pengasas bersamanya, Melvin Wong.

Kini Tan Jen Li sedang melebarkan sayap perniagaan korporatnya ini dengan melancarkan beberapa segmen terbaharu.

Terinspirasi Dari ‘Kotak Kecantikan’ USA

CubeCrate menawarkan kotak hadiah langganan bulanan yang diinspirasikan oleh kejayaan ‘kotak kecantikan’ di Amerika Syarikat.

“Saya suka idea orang melanggan dan mendapatkan hadiah di dalam kotak. Namun kotak kecantikan boleh jadi sangat mahal. Oleh itu saya telah memilih untuk menawarkan pelbagai barangan yang dilakukan secara rawak untuk menjadikannya lebih mudah bagi kami dan menyeronokkan bagi pelanggan,” katanya kepada TheStar.

Menyesal Gopoh Berniaga

Walaupun idea ini dilihat sebagai sangat mudah tetapi Tan mengaku bahawa jika dia mempunyai pilihan untuk memulakan semula perniagaan ini, dia akan melakukannya.

Ini kerana dia seharusnya melakukan lebih kajian pasaran dan sepatutnya melihat perniagaan ini lebih kepada perniagaan ‘start-up’.

“Di sekolah, kita belajar melihat sesuatu dari perspektif korporat. Melihat dari laman web kami juga kami belajar hanya menggunakan warna utama. Tetapi kini kami sedar bahawa terdapat banyak lagi perkara yang perlu dilakukan. Oleh itu kami telah merombak semula perkara ini,” kata Tan yang merupakan seorang graduan komunikasi.

 

Mahu Menjadi Landasan Untuk Produk Baharu Tempatan

Apabila perniagaannya semakin berkembang, Tan telah melihat perniagaannya sebagai tempat untuk jenama baharu mendedahkan diri mereka serta mencapai pelanggan.

Kini Tan memfokuskan perniagaannya terhadap jenama tempatan terutamanya yang belum lagi terkenal kepada pihak umum tetapi sudah mempunyai jenama tersendiri di pasaran bazar atau dalam arena produk buatan tangan.

“Kami boleh membantu mereka dengan menyebarkan jenama mereka dengan membolehkan orang mencuba produk mereka. Kami boleh dijadikan landasan untuk mereka berkembang maju kerana model langganan kami boleh memberikan jenama tempatan ini pendedahan jenama secara berterusan,” katanya.

Membuat Hadiah Bersesuaian Dengan Permintaan Pelanggan

Tan juga memberikan syarikat besar alternatif kepada hadiah korporat yang lazim mereka beli di kedai seperti hamper dengan menawarkan hadiah yang boleh diubahsuai mengikut citarasa mereka.

“Sambutan yang diberikan setakat ini adalah sangat baik. Mereka suka dengan perkhidmatan yang kami berikan kerana kami berjaya melakukannya dengan cepat. Terdapat syarikat yang memesan dengan kami kotak harijadi untuk pekerja mereka juga,” jelas Tan.

Buat masa ini, CubeCrate menghantar 300-500 kotak setiap bulan yang mana kebanyakan daripadanya merupakan dari segmen korporat.

Tan mencari idea dan terbuka untuk peluang yang akan datang bagi mengembangkan lagi perniagaan miliknya ini dan mahu melihat kotak yang menyajikan barangan sebelum atau selepas ke gym. Menurut Tan, ia adalah idea yang baharu di Malaysia dan akan melancarkannya tidak lama lagi.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker