SukanTeknologi

Kejohanan E-Sukan Buat Mahasiswa Melalui KEK 2019

XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK) 2019 – satu kejohanan terbesar e-sukan antara universiti dan institut pengajian tinggi bakal diadakan dengan hadiah tunai terkumpul berjumlah RM180,000.

Sidang media KEK 2019 | sumber foto: MyGameOn

Kejohanan yang pertama kali diadakan ini merupakan idea Media Prima Digital, Celcom Axiata Berhad dan Predator bagi mencungkil bakat baru serta mengetengahkan konsep kejohanan e-sukan di kalangan pelajar institut pengajian tinggi.

Acara yang dianjurkan oleh MyGameOn dengan kerjasama Kitamen, peringkat awal kejohanan ini akan diadakan di 5 zon berbeza dan Grand Final pula akan diadakan di Lembah Kelang.

Selatan – Negeri Sembilan, Melaka dan Johor

Tengah – Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya

Utara – Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah

Pantai Timur – Terengganu, Pahang dan Kelantan

Borneo – Sabah dan Sarawak

Grand Finale – Lembah Klang

Buat masa ini, KEK dijadualkan berlangsung di beberapa universiti utama termasuklah Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

3 permainan yang tetapkan untuk kejohanan ini adalah Mobile Legends: Bang Bang, PES 2019 dan Dota 2.

Pendaftaran dan pusingan awal kejohanan akan dijalan di dalam bulan Februari 2019. Pasukan yang bertanding akan merebut 16 kedudukan terbaik dan beraksi di pusingan akhir zon pada bulan Mac 2019.

Pemenang setiap zon pula akan ke peringkat grand final bagi merebut hadiah wang tunai utama yang akan berlangsung pada akhir April di Kuala Lumpur.

Difahamkan juga, institusi dengan pasukan yang mencatat rekod kemenangan tertinggi berpeluang menerima  biasiswa bernilai RM50,000 dibawakan oleh jenama terkenal Celcom, XPAX sebagai inisiatif mereka memperkasakan e-sukan.

Tarikh penyertaan untuk KEK akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Untuk perkembangan dan kemas kini informasi mengenai kejohanan ini, anda boleh layari Facebook MyGameOn.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button