AntarabangsaIsu SemasaTeknologi

Pembayaran Digital Ganti Pemberian Angpau Merah

Salah satu tradisi untuk komuniti Cina di seluruh dunia adalah memberi paket merah atau angpau yang mengandungi wang semasa Tahun Baru Cina sebagai berkat. Ia diberi oleh orang dewasa kepada yang lebih muda.

Secara kebiasaannya, orang Cina menganggap perkahwinan sebagai definisi dewasa dan oleh itu mereka yang telah berkahwin wajib untuk memberikan angpau kepada mereka yang masih bujang.

Bos juga memberi angpau kepada pekerja bawahan, manakala di kebanyakan tempat, orang Cina akan memberi  sejumlah wang kepada pekerja perkhidmatan sama seperti cara orang New York memberi tip ketika Krismas.

Paket merah yang dikenali sebagai Ang baos dalam bahasa Mandarin, juga diberikan pada majlis-majlis seperti perkahwinan, kelahiran dan hari ulang tahun.

Tradisi ini kini melalui transformasi digital di China, di mana pemindahan wang serta-merta boleh dibuat dengan hanya satu klik di telefon pintar.

Data yang dikeluarkan oleh WeChat, aplikasi sosial yang paling popular di China dengan lebih daripada satu bilion pengguna, menunjukkan bahawa mereka yang dilahirkan pada tahun 1990-an adalah penyumbang dan penerima terbesar sampul merah dalam talian, diikuti oleh mereka yang dilahirkan pada tahun 1980-an dan 1970-an.

Fungsi ini diperkenalkan oleh WeChat pada tahun 2014 dan membolehkan pengguna menyembunyikan jumlah yang dihantar sehingga “dibuka” oleh penerima.

Terdapat juga tetapan untuk paket merah dihantar secara berkumpulan dengan jumlah rawak bergantung kepada “nasib” seseorang.

Beijing, Chongqing dan Chengdu mengetuai bandar-bandar di China dari segi penghantaran dan penerimaan paling banyak paket merah. Mereka diikuti oleh Shenzhen dan Guangzhou di tempat keempat dan kelima, mengikut data WeChat.

Pembayaran dan pindahan wang secara mudah alih telah menjadi sangat popular di China sehinggakan bank pusat terpaksa mengingatkan perniagaan pada tahun lepas untuk tidak mendiskriminasi wang tunai.

Alipay dan WeChat Pay, dua aplikasi pembayaran mudah alih yang dominan, menyumbang lebih daripada 80% terhadap pemberiaan dan penerimaan paket merah secara maya.

Pembayaran secara digital menyelesaikan masalah pengendalian baki duit, atau menerima wang bank yang kotor dan koyak. Wang kertas palsu juga merupakan masalah besar di China pada masa lalu.

Pada masa yang akan datang, rakyat China tidak perlu lagi beratur panjang di bank-bank untuk menukar wang kertas. Tetapi tradisi memberikan paket merah pada Tahun Baru Cina kelihatan akan berkekalan walaupun mediumnya berubah.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button