Isu SemasaTempatan

Malaysia Perlukan Hala Tuju Ekonomi Baru

Ketika krisis kewangan Asia melanda pada tahun 1997, Tun Dr Mahathir Mohamad (Datuk Seri pada waktu itu) yang memerintah Malaysia sebagai Perdana Menteri ke-4 telah menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) sebagai langkah tindak balas untuk memulihkan ekonomi negara yang terkesan akibat krisis tersebut.

Memandangkan terdapat kemungkinan akan berlakunya sebuah lagi krisis ekonomi global, Dr Mahathir kini beralih kepada MTEC baru bagi membantu beliau dalam menghadapi krisis seterusnya.

Walaupun butiran tentang majlis baru ini masih tidak lengkap, apa yang jelas setakat ini adalah ia akan memberi fokus terhadap ekonomi.

Tetapi, perhatian perlu diberikan bukan hanya dari aspek korporat sahaja.

Tidak dinafikan bahawa korporat membentuk sebahagian besar enjin ekonomi, tetapi ia bukanlah satu-satunya bahagian yang penting.

Rakyat juga menjadi pihak yang penting dalam perkara ini dan kebimbangan mereka perlu diambil kira.

Rakyat mahukan pekerjaan, rumah mampu milik dan kos sara hidup yang berpatutan.

Dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang, Malaysia mungkin akan mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi, tetapi ini tidak membawa makna yang besar kepada isi rumah yang meraih pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan.

terdapat juga isu-isu lain yang perlu diberi perhatian serius. Berdasarkan laporan Keadaan Isi Rumah 2018 Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), dua juta wanita yang berusia 25 sehingga 54 tahun berada di luar tenaga buruh.

KRI mendapati bahawa dengan meningkatkan jumlah wanita dalam tenaga kerja kepada 30% akan menyumbang kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia di antara 7% dan 12%.

Membawa wanita-wanita dalam kumpulan usia tersebut kembali semula ke dalam pasaran buruh sebagai pensyarah sambilan, penyelidik, atau pekerjaan-pekerjaan yang serupa juga boleh membantu. Keselamatan ekonomi mereka perlu dijamin.

Populasi menua juga perlu diberi perhatian. Menjelang tahun 2020, 7.2% daripada populasi Malaysia adalah individu-individu yang berusia 65 tahun ke atas.

Pada tahun 2040 nanti pula, angka tersebut akan meningkat kepada 14.5% dan apabila tiba waktu itu, 20 juta rakyat Malaysia yang sudah tua akan bergantung kepada pendapatan 20 juta golongan muda untuk menanggung kehidupan mereka.

Sebuah lagi isu yang mungkin dilepas pandang adalah impak pekerja asing terhadap ekonomi negara.

Menurut anggaran KRI, terdapat 2.2 juta orang pekerja asing yang membentuk 15.5% daripada tenaga kerja negara.

Mereka kebanyakannya terlibat dalam industri berkemahiran rendah dan sederhana, dan tidak ramai rakyat tempatan yang mahu bekerja dalam bidang berkenaan.

Malaysia melahirkan ramai pekerja siswazah dan kebanyakan pekerjaan pula berada dalam kategori kemahiran sederhana.

Oleh itu, terdapat ketidakpadanan di antara permintaan dan bekalan buruh tempatan, dan perkara ini perlu diubah.

Apa yang Malaysia perlukan adalah hala tuju ekonomi yang baru. Strategi ekonomi yang jelas dan mantap akan meletakkan negara pada haluan tersebut.

Kerajaan perlu menetapkan keutamaan dan memberi lebih perhatian kepada perkara-perkara yang kritikal berbanding yang kurang kritikal.

Akhir sekali, majlis ekonomi baru ini perlu menghadapi semua isu yang memberi fokus terhadap kedua-dua korporat dan rakyat.

Sumber: NST

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker