Isu SemasaTempatan

Sabah Tidak Perlukan BERSATU

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal baru-baru ini menegaskan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak perlu meluaskan sayapnya ke Sabah.

Beliau berkata, parti itu sebaliknya harus mengekalkan hubungan “adik-beradik” di dalam politik bersama Parti Warisan Sabah (Warisan).

“Saya harap ia tidak akan berlaku,” katanya ketika mengulas kenyataan bekas ahli UMNO, Datuk Seri Mohd Hajiji Noor yang meluahkan keyakinannya bahawa Bersatu akan menubuhkan bahagian di Sabah tidak lama lagi.

Menurut Shafie, Warisan dan Bersatu telah mempunyai persefahaman dan persetujuan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lagi.

“Warisan dan Bersatu adalah adik-beradik. Sebelum pilihan raya, Bersatu menjelaskan bahawa mereka tidak perlu datang ke Sabah kerana WArisan sudah berada di Sabah…Saya harap persefahaman ini kekal,” katanya.

Ujar beliau lagi, Warisan sebagai sebuah parti berbilang kaum mempunyai fokus politik untuk melindungi Bumiputera dan oleh kerana itu, tiada keperluan untuk Bersatu memikul tugas yang sama di Sabah.

Jelas Shafie, Warisan berjaya memenangi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kebanyakan kawasan di Sabah, dan ini sekali gus mencerminkan sokongan padu rakyat terhadap parti itu.

Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa parti-parti lain seperti DAP telah lama berpangkalan di Sabah dan memberi fokus lebih terhadap komuniti Cina, sementara PKR pula adalah sebuah lagi parti berbilang kaum yang juga sudah lama berada sana.

Walaupun tidak tergolong dalam blok Pakatan Harapan (PH), Warisan adalah sebuah parti yang mesra pakatan itu.

Kini, Warisan memimpin kerajaan campuran Sabah bersama-sama DAP, PKR, dan Upko.

 

Sumber: The Star

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button