Isu SemasaTempatan

Kerajaan Mengadakan Jualan Murah Untuk Rumah Yang Tidak Terjual Pada Bulan Mac Ini

Bloomberg telah melaporkan bahawa pihak kerajaan sedang merancang jualan murah untuk hartanah bernilai US$5.5bil bagi memastikan jurang di antara hartanah yang tidak terjual dengan kurangnya kewujudan rumah mampu milik  dikurangkan melalui potongan harga.

Menurut laporan, pihak kerajaan meminta pemaju untuk mengurangkan harga jualan mereka sebanyak 10% pada hari jualan tersebut.

Terdapat 180 pemaju yang bakal menawarkan 22,000 unit yang bernilai RM22.5bil itu pada expo 1-3 Mac tahun ini.

Menurut TheStar, suku daripada hartanah yang bakal dipromosikan pada hari tersebut diletakkan pada harga RM300,000 ke bawah. Tambahan pula, tiada duti setem akan dikenakan jika membeli pada hari tersebut.

Kediaman Yang Tidak Terjual Meningkat

Laporan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara meyatakan jumlah unit kediaman yang belum terjual sejak sembilan bulan yang lalu telah meningkat sebanyak 18% berbanding satu tahun yang lalu

Nilai ini adalah sebelum mengambil kira hampir 100,000 unit yang belum siap dibina yang akan muncul di pasaran.

Masalah yang timbul mungkin adalah kerana ketidaksesuaian jenis rumah untuk orang Malaysia beli sedangkan pemaju masih tetap membina unit mewah.

 

Orang Malaysia Pada Puratanya Hanya Mampu Membeli Rumah Kurang Daripada RM300k

Bank Negara telah menganggarkan harga tertinggi yang mampu dimiliki oleh sesebuah keluarga di Malaysia sebenarnya hanya RM282,000 tetapi harga purata untuk memiliki rumah adalah 11% lebih tinggi daripada itu.

 

Perak Mengambil Langkah Yang Lain Untuk Meningkatkan Bilangan Rumah Mampu Milik

Sementara itu di Perak, pemaju telah digalakkan untuk membeli rumah berstatus pegangan bumiputera yang tidak terjual untuk memberi laluan bagi kerajaan negeri untuk membina lebih banyak Rumah Perakku.

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, idea ini adalah supaya pihak kerajaan negeri boleh membina rumah bagi golongan berpendapatan rendah.

Rumah Perakku ini bakal membina rumah yang dijual pada harga RM90,000 hingga RM250,000 dan Menteri Besar Perak yakin bahawa mereka mampu membina 50,000 unit rumah mampu milik sebelum sasaran lima tahun yang ditetapkan.

“Sejak beberapa minggu yang lalu, saya telah melancarkan beberapa projek pembinaan rumah mampu milik di Perak. Kita telah meluluskan dan memulakan pembinaan 34,000 unit rumah setakat ini,” kata Menteri Besar Perak.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker