Isu SemasaPolitikTempatan

Pilihan Raya Negeri Sarawak Akan Diadakan Lebih Awal?

Pakatan Harapan (PH) Sarawak dijangka akan mengadakan mesyuarat pada 24 Februari ini bagi membincangkan pengagihan kerusi parti-parti komponen di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai 82 kerusi itu.

Timbalan Pengerusi DAP Sarawak, Chiew Ching Sing berkata, Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) dijadualkan untuk berlangsung pada bulan Jun 2021, namun terdapat kemungkinan untuk berlakunya ‘kejutan awal’.

Memetik laporan The Star, ini juga akan menjadi kali pertama buat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk untuk turut serta dalam perbincangan pengagihan kerusi di Sarawak.

“Ya, kita sedang membuat persediaan untuk kemungkinan berlakunya pilihan raya negeri awal. Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari mungkin akan membubarkan DUN secara mengejut untuk mendapatkan mandat baru daripada rakyat.

“Oleh itu, DAP Sarawak menyeru agar sebuah pakatan pembangkang yang kukuh ditubuhkan di Sarawak dengan segera sebagai persediaan menghadapi pilihan raya negeri yang akan datang,” kata Chiew yang juga merupaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu.

Jelas beliau, pengagihan kerusi akan melibatkan semua parti komponen PH iaitu DAP, PKR, Parti Amanah Negara (PAN), dan Bersatu.

Tambahnya lagi, DAP Sarawak juga berhasrat untuk membentuk pakatan pembangkang baru di negeri itu tanpa berlengah-lengah.

“Keperluan untuk membentuk pembangkang baru ini secara rasmi dengan segera adalah amat penting,” ujarnya.

Selepas kemenangan bersejarah PH dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada bulan Mei lalu, parti-parti komponen BN di Sarawak telah meninggalkan blok itu dan membentuk gagasan baru iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang dipimpin oleh Abang Johari.

GPS terdiri daripada empat parti komponen iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Kini, GPS mendominasi 72 daripada 82 kerusi DUN Sarawak, manakala DAP hanya memegang 7 kerusi diikuti PKR, 3 kerusi.

Sumber: The Star

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker