Isu SemasaTempatan

Belum Terjual, Kerajaan Belanja US$500k Sebulan Selenggara Equanimity

Ia dilengkapi gimnasium, kolam renang, galeri, salun kecantikan dan helipad selain daripada ruang tidur untuk 22 tetamu. Walaupun kiniĀ  sedang dijual pada separuh harga pembeliannya, kapal gergasi 300 kaki, Equanimity, salah satu aset paling menarik dalam skandal 1MDB, belum menemui pemilik baharu.

Kapal Equanimity adalah aset yang paling menonjol antara harta benda yang dijual oleh pihak berkuasa Malaysia yang ingin mendapatkan semula dana yang didakwa hilang melalui penipuan besar 1MDB yang mencetuskan penyelidikan di seluruh dunia, melibatkan Goldman Sachs Group Inc. serta bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.

Bekas pemilik kapal layar itu, ahli perniagaan yang kini menjadi buruan, Low Taek Jho, telah digambarkan sebagai dalang utama dalam skandal melibatkan wang berbilion dollar itu.

Jho Low dan beberapa lagi yang dituduh oleh pihak berkuasa menggunakan dana 1MDB untuk kegunaan peribadi termasuk membeli Equanimity pada tahun 2014 dengan kos sekitar US$250 juta.

Dengan harga lelongan bernilai AS$130 juta, pakar kapal layar Burgess yang merupakan broker tunggal untuk jualan Equanimity, berkata terdapat beberapa bot yang bersaiz sama yang ada di pasaran sekarang.

Namun usaha awal untuk menjual kapal itu melalui lelongan pada November 2018, selepas Mahkamah Admiralti Malaysia memutuskan bahawa kerajaan Malaysia dan 1MDB adalah pemilik kapal yang sah, gagal mendapatkan pembeli.

Image result for the equanimity yacht interior

“Sesetengah penawar oportunistik dalam menetapkan harga mereka,” kata Sitpah Selvaratnam, konsultan firma undang-undang Tommy Thomas dan penasihat transaksi itu.

“Seperti sekarang, mandatnya adalah kita tidak akan berunding untuk harga di bawah AS$100 juta,” kata Selvaratnam. “Ia jelas bukan jualan murah. Pembeli akan membeli Equanimity pada harga yang selayaknya. “

Sesetengah pembeli berpotensi lain pula mempunyai masalah dengan lokasi Equanimity. Mereka sudah biasa berlayar di pantai selatan Eropah namun tidak bersedia untuk mendapatkan Equanimity di pangkalan tentera laut berhampiran Kuala Lumpur.

Tetapi menurut broker utama, Rupert Nelson, Burgess masih berunding dengan 20 orang pembeli yang berminat terhadap kapal itu dari Timur Tengah, Rusia dan bahagian-bahagian lain di Asia.

Walau bagaimanapun,urusan jual beli itu tidak akan berlaku dalam masa terdekat. Ini adalah sesuatu yang perlu dikhuatiri kerana menurut NST, kerajaan Malaysia kini membelanjakan sebanyak US$500,000 sebulan untuk menyelenggara kapal mewah itu.

The Equanimity adalah sebahagian daripada harta mewah yang dimiliki oleh Jho Low dan kini menjadi subjek perbalahan undang-undang di samping pelbagai lagi aset mewah di seluruh dunia.

Amerika Syarikat telah memfailkan tuntutan terhadap AS$1.7 bilion aset yang didakwa diperolehi dengan wang yang dicuri dari 1MDB, termasuk berlian berbentuk hati AS$1.29 juta dan loket berlian US$3.8 juta yang diberikan Low kepada model Australia Miranda Kerr, serta lukisan Picasso bernilai AS$3.2 juta yang dihadiahkan kepada pelakon Leonardo DiCaprio. Kedua-dua selebriti itu telah menyerahkan hadiah kepada pihak berkuasa AS.

Jho Low bagaimanapun kekal tidak bersalah dan menghadapi tuduhan termasuk pengubahan wang haram di Malaysia. Low telah didakwa secara absentia pada Disember 2018 kerana tidak diketahui keberadaannya.

Show More

Related Articles

Back to top button