Sukan

Satu-satunya Yokozuna Gusti Sumo Kelahiran Jepun Bersara

Pelik pabila terdapat berita tentang satu-satunya juara pemain gusti sumo kelahiran Jepun bakal bersara. Ke mana hilangnya pemain gusti sumo yang lain?

Menurut AFP yang diterbitkan di dalam TheStar, pemain gusti sumo tempatan tidak dapat melawan kebanjiran pendatang luar yang telah mendominasi sukan tersebut sejak beberapa tahun yang lalu.

Kebanjiran Dari Orang Luar Menyebabkan Pemain Sumo Jepun Tenggelam

Konishiki. Sumber Imej : meme-arsenal.com

“Penaklukan” orang luar ini bermula daripada seorang pemain dari Hawaii bernama Konishiki yang juga dikenali sebagai “Dump Truck”. Konishiki yang mempunyai berat badan 285kg ini merupakan pemain handalan dari Kepulauan Pasifik pada tahun 1990-an.

Kemudiannya muncul pemain daripada Mongolia yang telah meranapkan lagi permainan asal Jepun ini akibat ketiadaan pesaing dari negara matahari terbit tersebut.

Pengumuman pesaraan satu-satunya yokozuna kelahiran Jepun ini sememangnya merupakan satu perkara yang menyedihkan bagi peminat sukan yang dianggap sebagai seni mempertahankan diri Jepun moden oleh orang Jepun walaupun mempunyai sejarah berabad-abad.

 

Pemain Kelahiran Jepun Pertama Yokozuna

Kisenosato merupakan pemain kelahiran Jepun yang pertama untuk mencapai yokozuna ataupun juara umum sejak tahun 1998.

Beliau telah membuat keputusan untuk bersara apabila kalah tiga kali berturut-turut pada Tahun Baru basho atau pertarungan.

Sumber Imej: cnn.com

Jepun Bersedih

Jurucakap kerajaan Jepun, Yoshihide Suga telah meluahkan rasa sedih dan sangat mengesali ke atas persaraan ini.

“Saya rasa dia telah menambat banyak hati peminat kerana merupakan satu-satunya yokozuna kelahiran Jepun sejak 19 tahun yang lalu,” kata Yoshihide.

Sumber Imej: japantimes.co.jp

Kisenosato telah diberi kenaikan menjadi yokozuna pada Mac 2017 yang telah menyebabkan ramai peminatnya gembira melihat juara tempatan dinobatkan sebegitu.

Satu-satunya Yokozuna Kelahiran Jepun Sejak 19 Tahun Yang Lalu

Yokozuna merupakan juara yang diharapkan untuk bersaing bagi memenangkan juara divisyen teratas perlawanan yang diadakan mengikut peringkat yang teratur. Untuk itu, kriteria bagi kenaikan memegang yokozuna ini adalah sangat ketat.

Kisenosato telah memulakan kerjayanya sebagai pemain gusti suma dengan keupayaan yang meyakinkan apabila memenangi basho yang pertamanya sebagai yokozuna.

Namun, beliau telah mengalami kecederaan di bahagian dada yang telah memaksanya untuk tidak mengikuti lapan perlawanan berturut-turut.

Akhirnya pada musim luruh tahun lalu, beliau berjaya memenangi perlawanan tetapi akhirnya terpaksa untuk bersara dalam basho setelah kalah empat kali berturut-turut.

Tags
Show More

Related Articles

Check Also

Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker