AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Rusia Masuk Campur Dalam Pilihan Raya Presiden Indonesia?

Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih popular dikenali sebagai “Jokowi”, mendakwa bahawa pesaing-pesaingnya dalam Pilihan Raya Presiden 2019 (Pilpres) yang akan datang telah menggunakan ‘Propaganda Rusia’ untuk memesongkan fakta dan menyebarkan berita palsu.

Walau bagaimanapun, Rusia dalam satu kenyataan baru-baru ini menafikan sebarang pembabitan di dalam pilihan raya berkenaan.

“Seperti yang kita tahu, istilah ‘Propaganda Rusia’ telah dicipta di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2016 ketika pilihan raya presiden negara itu.

“Dalam realiti, istilah ini tiada asas. Kami menggariskan kedudukan Rusia untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal domestik serta proses pilihan raya negara-negara asing termasuk Indonesia, yang merupakan kawan rapat dan rakan kongsi yang penting,” kata Kedutaan Rusia di Jakarta menerusi laman Twitter.

Rusia berulang kali telah dituduh masuk campur dalam pilihan raya presiden AS 2016 untuk mempengaruhi keputusan pemilihan itu agar menyebelahi Donald Trump, tetapi Moscow menafikan tuduhan itu sekeras-kerasnya.

Sementara itu, Jokowi yang akan bertanding untuk penggal kedua sebagai presiden, tidak menghuraikan secara terperinci tentang apa yang beliau maksudkan apabila menyebut ‘Propaganda Rusia’ dan juga tidak menuduh Moscow secara langsung¬†berhubung campur tangan dalam pilihan raya.

“Terdapat sebuah kumpulan kempen yang telah menyediakan ‘Propaganda Rusia’, yang selalu menyebarkan fitnah, dosa dan berita palsu,” katanya dalam sebuah acara kempen di Surabaya, pada Sabtu.

Bukan itu sahaja, malah beliau juga tidak menyebut nama-nama pesaing yang didakwa menggunakan propaganda berkenaan.

Pilpres 2019 akan berlangsung pada 17 April ini, dan Jokowi akan menentang pencabarnya, Prabowo Subianto buat kali kedua.

Jokowi telah menewaskan Prabowo dalam pilihan raya 2014 sekali gus dilantik menjadi Presiden.

Sumber: New Straits Times

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button