AntarabangsaIsu Semasa

Suspek Serangan Bom Gereja Serah Diri Kepada Polis

Seorang lelaki yang dipercayai telah membantu dua pengebom berani mati melancarkan serangan serentak ke atas gereja Roman Katolik di kepulauan Jolo pada minggu lepas telah menyerah diri kepada pihak polis.

Dalam satu kenyataan pada hari Isnin, 4 Februari 2019, Ketua Polis Negara Filipina, Oscar Albayalde berkata bahawa suspek bernama Kammah Pae, bersama empat orang lagi anggota kumpulan militan Abu Sayyaf, telah menyerah diri pada hujung minggu baru-baru ini.

Kammah dipercayai telah berkonspirasi bersama pasangan suami isteri warga Indonesia yang meletupkan diri mereka sendiri ketika kejadian, satu di dalam dan satu lagi di luar gereja berkenaan.

Letupan tersebut telah mengorbankan 23 nyawa manakala lebih daripada 100 mangsa lain tercedera.

Kammah Pae – Sumber Imej: Straits Times

Albayalde berkata, kedua-dua warga Indonesia itu telah belayar ke Jolo dari pulau Lampinigan di wilayah Basilan pada 24 Januari.

Lelaki berkenaan dilaporkan menggunakan nama samaran “Abu Hud.”

Selama tiga hari, Kammah dikatakan telah menyediakan tempat tinggal untuk pasangan tersebut, membawa mereka mengelilingi pulau itu, dan kemudian bertemu dengan Hatib Sawadjaan, iaitu ketua puak Ajang-Ajang daripada kumpulan Abu Sayyaf.

Selepas itu, pasangan warga Indonesia tersebut telah dibawa ke bandar utama di Jolo pada 26 Januari. Pada hari seterusnya dalam sekitar jam 8:30 pagi, mereka meletupkan bom paip yang disorok dalam beg di gereja Cathedral of Our Lady of Mount Carmel itu.

Menurut Albayalde, Sawadjaan dan pengikut Ajang-ajangnya telah melancar plot serangan itu selama “hampir setahun.”

Jelas beliau, pihak berkuasa kini sedang memburu 14 lagi suspek, termasuk Sawadjaan dan seorang lagi warga Indonesia.

Difahamkan, Sawadjaan adalah bapa mertua kepada militan warga Malaysia, Amin Baco.

Sumber: Straits Times

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker