Sukan

Pesawat Yang Membawa Emiliano Sala Akhirnya Ditemui

Pesawat yang membawa pemain Argentina, Emiliano Sala dan juruterbangnya sudah ditemui, kata penyiasat kepada AFP, awal pagi tadi.

“Saya boleh mengesahkan yang ia sudah ditemui,” kata jurucakap Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB).

Jurucakap itu berkata, AAIB dijadual mengeluarkan satu kenyataan, hari ini.

Sala menaiki pesawat ringan dari Perancis untuk menyertai kelab baharunya yang beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris, Cardiff City pada 21 Januari lalu sebelum hilang berdekatan Channel Islands.

Serpihan bangkai pesawat yang dikatakan dari pesawat itu di temui di pantai Normandy di Perancis, Rabu lalu.

Sala menaiki pesawat Malibu Piper PA-46 selepas berpindah dari pasukan Perancis, Nantes dengan perpindahan bernilai 17 juta euro (RM79.77 juta).

Pesawat dinaikinya hilang daripada radar, 20 kilometer di utara Guernsey, dengan juruterbang Dave Ibbotson adalah satu-satunya individu berada dalam penerbangan itu.

David Mearne yang memiliki syarikat persendirian, Blue Water Recoveries, diupah keluarga Sala untuk mencari pesawat berkata dalam Twitter, serpihan itu mula ditemui awal pagi semalam.

Keluarga Sala melancarkan pencarian yang dibiayi dana umum pada Ahad, selepas pihak berkuasa menghentikan pencarian pesawat itu secara rasmi.

Minggu lepas beberapa dua kusyen kerusi yang dipercayai dari pesawat malang itu ditemui dipersisiran pantai Perancis.

“Bangkai pesawat yang membawa Emiliano Sala dan juruterbang David Ibbotson ditemui awal pagi ini,” kata ketua pencarian David Mearns menerusi akaun Twitter miliknya.

Mearns berkata, keluarga Sala dan Ibbotson telahpun dimaklumkan dengan perkembangan ini.

“Ahli keluarga Emiliano Sala dan David Ibbotson telah dimaklumkan oleh polis. Ingatan kami bersama keluarga dan rakan kedua-dua mereka,” kata Mearns.

Jelasnya lagi Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB) akan mengeluarkan kenyataan rasmi esok.

Sementara itu AAIB telah mengerah kapalnya menuju ke lokasi penemuan bangkai pesawat itu.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker