SukanTeknologi

Montoon Memperkenalkan Mobile Legends: Bang Bang Diamond Challenge Series

Sebuah kejohanan Mobile Legends: Bang Bang bakal beraksi dengan hadiah wang terkumpul sehingga AS$3,200 untuk dimenangi.

Moonton, pembangun permainan video telefon pintar Mobile Legends: Bang Bang  telah mengumumkan sebuah kejohanan onlineMobile Legends: Bang Bang Diamond Challenge (MDC) Series.

Kejohanan yang dikendalikan oleh MET Malaysia dan ditaja oleh UniPin bertujuan memberi peluang kepada pemain berkebolehan untuk merasai pertandingan semi-kompetitif disamping mengumpul pengalaman pertandingan e-sukan sebenar.

MDC 2019 Musim pertama ini mempertaruhkan hadiah wang terkumpul sehingga AS$3,200 disamping lebih AS$1,000 barangan di dalam permainan untuk dimenangi.

Kejohanan ini akan bermula dengan pusingan kelayakan secara online untuk pemain Malaysia dan Singapura yang memaparkan 512 pasukan. 8 pasukan terbaik  akan bertanding di dalam pusingan playoff di mana perlawanan tersebut akan dijalankan secara langsung secara stream di laman Mobile Legends: Bang Bang’s Facebook di mana juara layak membawa pulang hadiah wang tunai AS$1,500 dan lebih AS$430 barangan di dalam permainan untuk dimenangi.

  • Pendaftaran : 04 Februari – 17 Februari 2019 (Online)
  • Pusingan Kelayakan : 19 Februari – 24 Februari 2018 (Online)
  • Pusingan Playoffs : 25 Februari 2019 (Online)
  • Pusingan Akhir: 26 Februari 2019 (Online)

Pendaftaran untuk pemain Malaysia dan Singapura untuk pusingan kelayakan akan bermula pada 4 hingga 17 Februari 2019. Untuk cara pendaftaran dan kemaskini informasi terkini, anda boleh layari laman-laman berikut:

Mobile Legends: Bang Bang merupakan antara permainan telefon pintar bergenre MOBA yang popular di dunia. Dengan lebih 500 juta muat turun dan 60 juta pemain aktif, Mobile Legends semakin berkembang ranking ke 10 di lebih 50 negara.

Kini Mobile Legends: Bang Bang sudah berkembang ke 135 negara, diterjemahkan kepada 23 bahasa dan beroperasi dengan lebih 700 servers untuk memastikan permainan berjalan lancar.

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker