MalaysiaPolitik

Fenomena Bossku Satu Ancaman Untuk PH?

Pemimpin Pakatan Harapan dalam beberapa minggu kebelakangan ini sering menafikan kenyataan yang berlaku. Tetapi satu perkara yang tidak boleh disangkal ialah Datuk Seri Najib Tun Razak. Mantan Perdana Menteri yang mahu dipenjarakan itu, telah membuat gelombang di mana sahaja beliau menjejakkan kaki.

Najib dan slogan “Bossku” telah menerima momentum yang luar biasa di media sosial. Status Facebooknya ketika mengadakan lawatan ke Langkawi telah menarik perhatian ramai orang dan salah satu gambarnya menikmati nasi lemak bungkus dengan beberapa penduduk tempatan di warung menerima 104,000 likes.

Lelaki yang pernah dilihat sebagai “bangsawan” atau aristokrat itu akhirnya menemui jalan yang betul untuk kembali.

Najib menginap di sebuah motel sederhana di Pantai Cenang dan duduk di bahagian hadapan teksi, sedangkan pada waktu dahulu, beliau secara automatik akan memilih untuk duduk di kerusi belakang.

Ramai yang fikir fenomena Bossku akan hilang selepas kempen Cameron Highlands. Tetapi ia tidak perlahan, walaupun selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi menyabitkannya dengan tiga lagi tuduhan pengubahan wang haram dua hari selepas pilihan raya kecil itu.

Bekas Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi, seorang pelopor dalam penggunaan media sosial, telah menjadi pemerhati dalam permainan terbaru Najib.

“Najib mempunyai banyak masa dan beliau memainkan peranannya sebagai pengacau. Beliau mempunyai sokongan dalam kalangan orang Melayu di mana Pakatan lemah, dan beliau mencuba untuk mengunci sokongan Melayu untuk Umno.

“Najib juga tidak mempunyai apa-apa untuk dipertaruhkan. Jika gagal, beliau akan menerima kekalahan itu dan jika berjaya, Umno akan berkongsi kredit itu,” kata Ooi.

Najib juga muncul sebagai suara pembangkang yang utama, mengetengahkan rasa tidak puas hati Melayu terhadap kerajaan.

“Najib kini menjadi penentang terkuat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, yang lantang meminta orang Melayu untuk meninggalkan Umno,” kata bekas Ahli Parlimen Umno Tawfik Ismail.

Satu bentuk peperangan politik yang baru dan menarik sedang berlaku dalam media sosial antara pemimpin Pakatan dan Najib.

Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dipadankan oleh Dr Mahathir. Beliau kini menggalas tugas yang lebih berat selaku perdana Menteri dan sudah terlalu berusia untuk menguasai teknik perang politik era baru terbabit.

Perdana Menteri dilihat masih bergantung kepada media tradisional seperti media cetak dan dalam talian yang penontonnya telah dikalahkan oleh kuasa media sosial.

Akankah trend Bossku akan berakhir apabila kes mahkamah Najib bermula pada bulan April?

“Banyak bukti kes 1MDB akan disiarkan, media akan menyiarkannya dan perbicaraan akan disaksikan secara global,” kata pengulas politik Khaw Veon Szu.

Dr Mahathir mungkin berharap perbicaraan itu akan menghentikan fenomena Bossku dan kehadiran lawannya dalam politik tidak akan diterima seperti sekarang. – The Star

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker