AntarabangsaIsu Semasa

Brexit: Ratu Elizabeth Dipindah Keluar Dari London

Pegawai British telah melaksanakan semula rancangan kecemasan ketika Perang Dingin iaitu memindahkan keluarga diraja dari kota London menjelang Brexit.

Keluarga diraja dipindahkan ke satu lokasi rahsia sebagai persediaan sekiranya terdapat rusuhan di London jika Britain mengalami halangan untuk keluar dari Kesatuan Eropah bulan depan.

“Pelan pemindahan kecemasan ini telah wujud semenjak Perang Dingin, tetapi kini telah dijalankan semula sekiranya berlaku gangguan awam berikutan kebangkitan isu “no-deal” Brexit,” lapor akhbar Sunday Times, memetik sumber yang tidak bernama dari Pejabat Kabinet kerajaan, yang mengendalikan isu sensitif dalam pentadbiran.

The Mail pada hari Ahad juga mengatakan ia telah mengetahui rancangan untuk memindahkan keluarga diraja, termasuk Queen Elizabeth, ke lokasi yang lebih selamat dari London.

Kerajaan Britain sedang bergelut untuk mendapatkan sokongan parlimen untuk perjanjian peralihan Brexit dengan EU sebelum tarikh perjanjian bermula pada 29 Mac depan, sementara kerajaan dan kumpulan peniaga menyediakan rancangan kontinjensi untuk ‘no-deal’ Brexit.

Kumpulan perniagaan telah memberi amaran kepada gangguan yang meluas jika terdapat kelewatan yang panjang kepada import EU kerana pemeriksaan kastam baru, dan juga kemungkinan kekurangan bekalan makanan dan ubat-ubatan.

Bulan lalu ucapan tahunan oleh Queen Elizabeth yang berusia 92 tahun kepada kumpulan wanita tempatan telah ditafsirkan secara meluas di Britain sebagai seruan ahli politik untuk mencapai persetujuan dalam perjanjian Brexit.

Jacob Rees-Mogg, ahli undang-undang Konservatif dan penyokong Brexit, memberitahu bahawa beliau percaya rancangan memindahkan ratu adalah tidak perlu kerana keluarga diraja tetap berada di London ketika pengeboman dalam Perang Dunia Kedua.

Tetapi Sunday Times berkata seorang bekas pegawai polis yang bertanggungjawab terhadap perlindungan diraja, Dai Davies, menjangkakan Ratu Elizabeth hanya akan dipindahkan dari London jika berlaku kerusuhan.

“Sekiranya terdapat rusuhan di London, sudah tentu keluarga diraja akan dipindahkan ke lokasi yang lebih selamat,” kata Davies.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker