AntarabangsaIsu Semasa

Kemunculan Ikan Dayung, Rakyat Jepun Waspada Terhadap Tsunami

Kebimbangan terhadap kejadian bencana alam di Jepun mula tersebar dalam talian selepas penemuan ikan dayung iaitu sejenis ikan laut dalam yang dipercayai menjadi petanda gempa bumi dan tsunami.

Terkini, dua ekor ikan dayung ditemui selepas ditangkap di jaring pancing di utara wilayah Toyama, menjadikan jumlah keseluruhan musim ini menjadi tujuh ekor. Awal minggu ini, ikan dayung sepanjang 3.2 meter (10.5 kaki) terdampar di pantai Toyama Bay, sementara seekor lagi bersaiz 4 meter (13 kaki) terperangkap dalam jaring nelayan di pelabuhan Imizu.

Ikan dayung sukar ditemui kerana hidup di laut dalam antara 200 hingga 1,000 meter (650 hingga 3,200 kaki) dan boleh dikenali dengan kulit berwarna perak dan bersirip merah.

Secara tradisinya dikenali sebagai “Ryugu no tsukai” dalam bahasa Jepun atau “Perutusan Dari Laut,” legenda mengatakan bahawa ikan dayung akan muncul di pesisiran pantai sebelum berlaku gempa bumi bawah air. Tetapi saintis mempertikaikan dakwaan tersebut.

Image result for oarfish in japan

“Tidak ada bukti saintifik sama sekali untuk teori bahawa ikan dayung adalah alamat kepada gempa besar, tetapi kita juga tidak dapat 100% menafikan kemungkinan itu,” kata penjaga akuarium Uozu, Kazusa Saiba kepada CNN.

“Mungkin pemanasan global mempunyai kesan terhadap perubahan hidup ikan dayung atau ada sebab lain yang kita tidak tahu,” katanya.

Mitos kemunculan ikan dayung sebagai alamat bencana alam dikuatkan dengan kejadian gempa bumi dan tsunami di Fukushima pada tahun 2011, yang mengorbankan lebih daripada 20,000 orang. Sekurang-kurangnya sedozen ikan dayung terdampar di pantai Jepun setahun sebelum bencana berlaku, menurut Kyodo News.

Walaupun meragui kesahihan teori itu, Saiba berkata satu penjelasan saintifik yang logik adalah “berlaku perubahan kerak bumi di dasar laut menjelang gempa bumi sekaligus menyebabkan arus menggerakkan dan mendorong makhluk di bahagian bawah ke permukaan.”

Image result for oarfish

Dalam pada itu, Osamu Inamura, pengarah Uozu Aquarium, mempunyai teori yang lebih saintifik mengenai kemunculan ikan dayung di Teluk Toyama. Inamura menjelaskan bahawa spesies terbabit mengikuti pergerakan sumber makanan mereka, iaitu sejenis udang mikro.

“Apabila udang naik ke arah plankton pada siang hari, ikan dayung kadang-kadang mengikuti mereka dan terperangkap dalam jaring nelayan,” kata Inamura.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker