Gaya HidupIbu dan Anak

Tips Membina Enam Sifat Baik Pada Anak Anda

Sifat kanak-kanak dikatakan terbentuk melalui cara ibubapa mendidik di rumah dan tauladan yang ditonjolkan oleh orang sekeliling.

Seperti pepatah melayu, melentur biarlah dari rebungnya yang membawa maksud mendidik ataupun mendisiplinkan anak-anak lebih baik bermula semasa kecil, apabila sudah besar hatinya keras dan sukar diajar. Oleh itu ini adalah sedikit tips bagaimana ibubapa boleh membina sifat-sifat baik untuk anak anda.

1. Sifat jujur dan berintegriti

Menurut leaderonomics, mengingatkan orang untuk bersifat jujur akan mengurangkan lagi sifat tersebut dalam diri seseorang. Pendek kata, tidak ada yang suka untuk dipaksa dan ia adalah menjengkelkan untuk sentiasa diingatkan.

Walau bagaimanapun, perempuan lebih menerima peringatan untuk bersifat jujur lebih baik daripada lelaki tetapi setelah meningkat usia, ia akan lambat laun berkurangan juga.

Bagi lelaki pula ia tetap konsisten untuk setiap peringkat usia.

Namun begitu, menurut kajian Bureau & Mageua, kanak-kanak yang mempunyai orang tua yang bersifat menyokong secara autonomi (mereka menghormati dan melihat setiap anak mereka sebagai individu yang unik), bakal memiliki anak yang lebih jujur berbanding ibubapa yang suka mengongkong.

 

2. Sifat kental dan tidak mudah putus asa

Terdapat dua kunci utama untuk ibubapa lakukan.

Pertama ialah jangan puji anak anda tentang betapa hebatnya mereka tetapi beri pujian untuk usaha yang mereka telah lakukan.

Kedua, ramai yang berpendapat bahawa kegagalan merupakan perkara yang baik supaya mereka boleh belajar daripada kesilapan tetapi jika anak anda gagal setiap kali dan tiada sokongan dan dorongan untuk teruskan usaha dan berjaya, mereka akan mula merasa diri mereka seorang yang gagal.

Sebagai ibubapa dan juga guru secara tidak langsung kepada anak-anak, kita perlu bantu mereka percaya bahawa mereka boleh berjaya setelah bangkit dan terus mencuba.

Kanak-kanak sebenarnya lebih belajar daripada kejayaan yang dicapai berbanding sebaliknya.

Oleh itu kekentalan anak anda bakal menjadi lebih kuat apabila mereka memiliki sokongan kepercayaan untuk terus mencuba sehingga mereka akhirnya mencapai kemenangan.

Apabila proses ini diulang semula, mereka akan belajar bahawa apabila tidak berputus asa, mereka akan mencapai kejayaan seperti pengalaman yang pernah mereka lalui.

Kegagalan adalah baik, namun kejayaan adalah lebih baik. Kekentalah dibina melalui kegagalan yang menuju ke arah kejayaan.

 

3. Sifat mengawal diri

Memberi mereka halatuju dan bantu membina strategi untuk mereka mengelak daripada perkara yang mengganggu boleh membantu mereka mengawal diri.

Kanak-kanak selalunya boleh meniru strategi sifat mengawal diri daripada rakan sebaya tetapi adakalanya akan terganggu dengan rakan yang tidak memberi kerjasama.

Oleh sebab itu, penglibatan ibubapa dalam kehidupan anak anda akan membentuk sifat mengawal diri mereka.

Menurut kajian Baumeister & Tierney, jika ibubapa tahu di mana anak mereka berada setelah sekolah, apa yang mereka sering lakukan di masa lapang dan siapa rakan-rakan mereka, mereka bakal memiliki anak yang berpotensi mengawal diri mereka sendiri.

Kanak-kanak yang memiliki ibubapa yang memilih cara pendekatan yang suka berbincang dan bergaul rapat bakal menunjukkan sifat kawal diri yang lebih baik. Contohnya apabila anak anda berbincang hal kewangan bersama, anak anda kemungkinan besar akan membesar dengan sifat mengawal kewangan mereka dengan lebih baik.

Bagi ibubapa yang garang dan suka menunjukkan kuasa akan meneyebabkan kepuasan diri anak anda tertunda.

Jika ibubapa membantu mereka dalam memberi arahan yang baik, kanak-kanak akan memiliki emosi yang lebih baik.

Ingatkan mereka untuk melihat dunia dari perspektif yang berlainan, ingatkan mereka dengan peraturan sosial (apa yang baik dan apa yang tidak), jelaskan kepada mereka bagaimana peraturan ini boleh diubahsuai mengikut keadaan dan bantu mereka untuk beradaptasi dengan aktiviti.

 

4. Set minda anak untuk berkembang

Cara yang baik untuk memupuk sifat ini ialah dengan memberi anak anda berfikir cara untuk menangani situasi.

Galakkan mereka berfikir bagaimana jika mereka gagal, bagaimana mereka boleh mengelak dari dipandang serong dan jadilah contoh yang baik (ibubapa perlu melakukan perkara yang sama apa yang anda inginkan anak anda untuk lakukan).

Prof. Carol Dwek yang telah melihat bagaimana perkembangan minda kanak-kanak berlaku telah menyarankan supaya cara kita memuji anak anda perlu dilakukan dengan kaedah yang bakal membina keberkesanan diri. Contohnya daripada memuji anak: “Tahniah! Anak ayah pandai sangat,” tetapi cuba puji dengan cara ini: “Tahniah, anak ayah telah berusaha kuat untuk mencapai kejayaan ini.”

Pujian seperti ini akan membina sifat percaya diri yang lebih sihat dan menjauhkan sifat sombong serta bongkak kerana ia berdasarkan sesuatu yang mereka telah berjaya lakukan dan bukan hanya pujian semata-mata.

Ia juga adalah lebih baik untuk ibubapa lebih fokus terdapat usaha yang anak anda lakukan berbanding keputusan yang mereka dapat (contohnya nombor di dalam kelas atau markah dalam peperiksaan). Selaras dengan itu, mendidik mereka untuk mencapai kejayaan tertinggi adalah penting di samping keutamaan dalam pertumbuhan.

Pilihlah untuk memuji usaha, latihan dan proses anak anda berbanding keputusan akhirnya sahaja dan gunakanlah kegagalan sebagai peluang untuk tumbuh dan refleksi diri.

Membina sifat baik secara keseluruhan

Sebagai ibubapa, anda perlu pilih untuk jujur dengan anak anda dan mengkritik dengan keadaan yang konstruktif berbanding mengkritik dengan cara yang melulu.

Bincang dengan anak tentang usaha dan kecekalan personaliti terkenal tetapi elak untuk berbincang tentang “nasib baik” mereka dalam proses kejayaan mereka kerana ini bakal memberi mesej yang lain kepada anak anda.

Walaupun bakat dan karakter seseorang adalah semulajadi, tetapi persekitaran juga memainkan peranan penting. Oleh itu ibubapa, guru dan sesiapa sahaja yang berinteraksi dengan anak anda bakal membentuk karakter anak anda.

Oleh itu melihat siapa dikeliling anak anda juga adalah penting. Kanak-kanak ini sangat sensitif dan mereka melihat sesuatu dari sudut pandang yang berlainan dengan itu pastikan mereka melihat apa yang ibubapa mahu mereka lakukan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button