AntarabangsaIsu Semasa

Filipina Lancar Serangan ‘Balas Dendam’ Ke Atas Militan

Tentera Filipina baru-baru ini telah melancarkan dua serangan udara ke atas kumpulan pengganas tempatan yang disyaki menjadi dalang disebalik serangan gereja Roman Katolitik di Jolo, wilayah Mindanao pada Ahad, 27 Januari minggu lalu.

Setiausaha Pertahanan, Delfin Lorenzana berkata, pihak berkuasa telah memperhebatkan lagi operasi menentang kumpulan serpihan Abu Sayyaf di Sulu, termasuk melancarkan serangan udara di beberapa bahagian Jolo.

Lorenzana berkata, Presiden Filipina Rodrigo Duterte telah mengarahkan tentera memerangi dan menghapuskan menghapuskan Abu Sayyaf secara habis-habisan.

Difahamkan, tentera telah menerima pelbagai laporan berhubung kemungkinan berlakunya serangan pengganas di wilayah itu sejak bulan Ogos tahun lepas lagi.

Kini, pihak penyiasat masih sedang mencari suspek-suspek lain yang terlibat dalam insiden serangan pengganas, termasuk pasangan warga Yaman yang dipercayai melakukan serangan bom berani mati di gereja berkenaan.

Serangan di gereja itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 20 nyawa manakala lebih daripada 100 mangsa lain tercedera.

Kumpulan serpihan Abu Sayyaf yang dipercayai menjadi dalang adalah puak “Ajang-Ajang”. Abu Sayyaf juga telah bersumpah taat setia kepada militan IS dan membantah sebarang perjanjian damai di antara pemberontak Islam di Mindanao dan kerajaan.

Insiden pengeboman di gereja tersebut juga berlaku kurang seminggu daripada pelaksanaan referendum autonomi wilayah Bangsamoro.

Beberapa hari selepas pengeboman gereja, sebuah masjid di Bandar Zamboanga di Mindanao turut menjadi “mangsa” apabila diserang oleh individu yang tidak diketahui menggunakan bom tangan buatan Belgium.

Dua orang lelaki yang merupakan pendakwah atau “Tabligh” telah terkorban dalam insiden terbabit.

 

Sumber: Straits Times – Bloomberg

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker