SukanTeknologi

Chicken Dinner Buat Gank.Fty – Juara PMNC 2018

Kejohanan PUBG MOBILE Malaysia National (PMNC) 2018 telah menobatkan Gank.Fty sebagai juara sulung kejohanan ini.

Gank.Fty berjaya meraih 6 Chicken Dinners dengan jumlah 4,060 mata sekaligus menewaskan 7 pasukan lagi di pentas akhir kejohanan tersebut.

Dengan jumlah wang terkumpul sehingga RM60,000, Gank.Fty membawa pulang RM20,000 sebagai juara. Naib Juara Pertama: AROV membawa pulang RM15,000, Naib Juara Ke-2: Panda Crew Senior – RM5,000 dan Naib Juara Ke-3: VIP Squad – RM4,000.

Juara: Gank.Fty
Naib Juara Pertama dan Kedua: AROV (atas) dan Pand Crew Senior (bawah)

Acara yang berlangsung di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur pada 26 dan 27 Januari lalu bukan sahaja menampilkan pusingan akhir kejohanan ini, malah terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan seperti giveaways dan cabutan bertuah.

Kejohanan ini melihatkan sehingga 2,000 pengunjung hadir dan memberi sokongan kepada acara ini dan sehingga 2.2 juta tontonan melalui tayangan secara langsung di media sosial.

PUBG MOBILE Malaysia National Championship 2018 merupakan kejohanan permainan battle-royal popular telefon pintar, PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) yang dianjurkan oleh Tencent dan ditaja oleh Vivo dan Yoodo.

“Kami berharap melalui PMNC 2018; satu pasukan, satu tujuan,  kami dapat membina asas kepada ekosistem e-sukan; menerajui e-sukan dengan tajaan, acara besar, atlet dan gamers dan tentunya komuniti ke peringkat yang lebih tinggi” ulas Oliver Ye, Pengarah Tencent Games Asia Tenggara melalui acara ini.

Kejohanan ini telah bermula sejak Disember 2018 dengan mengadakan 4 pusingan kelayakan di negeri terpilih iaitu Johor, Sarawak, Sabah dan Kuala Lumpur dimana 8 pasukan dengan mata tertinggi akan beraksi di pentas akhir pada Januari 2019.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker