Sukan

Jurulatih Asal Poland Menarik Diri Menjadi Jurulatih Skuad Malaysia Kerana Isu Israel

Setelah Malaysia menegaskan pendirian untuk tidak membenarkan atlet Israel masuk ke negara ini bagi mengikuti Kejohanan Renang Para Dunia 2019 dan dilucutkan hak penganjuran oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), jurulatih yang sepatutnya ditugaskan menjadi jurulatih Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) pula telah menolak tawaran untuk menjadi jurulatih skuad renang Malaysia.

Bartlomiej Kizierowski, mantan perenang Poland sepatutnya tiba di Malaysia dan bertugas sebagai jurulatih skuad kebangsaan di Bukit Jalil setelah perayaan Tahun Baru Cina tamat namun telah bertukar fikiran untuk meneruskan tawaran tersebut menerusi sebuah postingan di Facebook.

“Semalam (23 Januari) saya menerima tawaran menarik untuk menjadi jurulatih renang Malaysia. Antara alasan peribadi, saya menolaknya adalah kerana kenyataan terbaharu dibuat ahli politik Malaysia berhubung tindakan tidak membenarkan atlet Israel memasuki negara itu bagi menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019.

“Tiada tempat dalam sukan untuk perkara sebegitu. Saya juga ingin berterima kasih kepada komuniti Malaysia yang menunjukkan kepercayaan dan memberi peluang kepada saya,” kata Kizierowski yang berpengalaman melatih skuad renang Sepanyol.

Kizierowski, 41, pernah beraksi di empat Sukan Olimpik berturut-turut bermula daripada edisi 1996, sebelum menukar karier ke dalam bidang kejurulatihan.

Difahamkan, Setiausaha Agung ASUM, Mae Chan turut terkejut dengan keputusan mengejut Kizierowski itu.

Ini bermakna, badan induk itu mungkin terpaksa membuat rombakan dengan menaikkan pangkat Chris Martin yang awalnya akan dibawa masuk sebagai jurulatih pembangunan kepada posisi utama selaku ketua jurulatih skuad senior.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker