Bisnes & Ekonomi

Pelopor Aplikasi Penghantaran Makanan, foodpanda Tidak Takut Dengan Pesaingan

Foodpanda merupakan antara pelopor syarikat penghantaran makanan di Malaysia yang bermula sejak tahun 2012 dengan logo muka panda hitam putih berlatarbelakangkan warna oren.

Namun sejak tahun 2017, ia telah bertukar wajah menjadi warna merah jambu untuk orang ramai lebih mudah mengingati kehadiran mereka.

Asal Usul foodpanda

Foodpanda merupakan penghantaran makanan mobile Jerman yang berpangkalan di Berlin. Ia membolehkan pengguna untuk membuat pesanan makanan di restoran pilihan melalui aplikasi telefon dan juga laman web.

Ia dipelopori oleh empat orang iaitu Ralf Wenzel, Benjamin Bauer, Felix Plog dan Rohit Chadda pada tahun 2012 dan pada Februari 2014 mereka telah membeli pesaing mereka iaitu Pakistan Eat Oye.

Pada Disember 2016, kumpulan foodpanda telah dibeli oleh pesaing mereka di Jerman, Delivery Hero. Manakala perniagaan mereka di India telah dibeli oleh Ola pada 11 Disember 2017.

Beroperasi Di 11 Negara

Ia kini beroperasi di 11 negara di Asia, Timur Eropah dan Timur Tengah. Antaranya ialah Bangladesh, Bulgaria, Hong Kong, India, Malaysia, Pakistan, Filipina, Romania, Singapura, Taiwan dan Thailand.

Syarikat ini kemudiannya dibeli oleh Delivery Hero pada Disember 2016 manakala perniagaannya di India telah dibeli oleh Ola pada Disember 2017.

 

foodpanda Optimis Dengan Persaingan Sihat Syarikat Lain

Kini foodpanda mempunyai ramai pesaing tetapi mereka tetap optimis dengan situasi ini. Antara pesaing mereka ialah Grab Food dan Honestbee milik Singapura yang pada awalnya masing-masing merupakan syarikat e-hailing dan juga penghantaran barang runcit.

Pesaingan yang wujud ini juga telah memberi pilihan untuk pelanggan memilih yang mana lebih sesuai dengan mereka.

Tahun ini foodpanda memulakan tahun 2019 dengan bayaran penghantaran lebih rendah bermula 1 Januari di seluruh negara.

Bayaran penghantaran bagi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya telah diturunkan kepada RM3 daripada RM5 manakala bayaran penghantaran bagi Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu dikurangkan kepada RM2.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker