MalaysiaPolitik

Cameron Highland: Kejayaan BN, Tamparan Untuk PH

Pilihan Barisan Nasional dalam meletakkan calon Muslim dan Orang Asli di kawasan pilihan raya kecil Cameron Highland telah dipuji oleh penganalisis politik sebagai “strategi serampang dua mata yang berani”.

Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata langkah yang tidak pernah berlaku itu membantu mendapatkan undi yang lebih tinggi bukan hanya dari Orang Asli tetapi juga pengundi Melayu-Islam.

“Orang Asli melihat Ramli sebagai model dan ingin melihat lebih ramai wakil masyarakat setempat untuk membantu menyelesaikan masalah tempatan.

“Ramli juga seorang Muslim, yang membantu memperkuat kerjasama BN dengan Pas dalam membawa pengundi Melayu-Islam untuk mengundi Ramli.

“Keputusan Pas untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil itu juga membantu mengalihkan undi penyokong mereka kepada calon BN,” katanya ketika dihubungi NST.

Dalam pilihan raya kecil itu, Ramli menang dengan 3,238 majoriti undi dalam pertandingan empat penjuru antara Pakatan Harapan (PH) M. Manogaran, dan dua calon bebas – Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee.

Jumlah pengundi sebanyak 68.79 peratus adalah yang tertinggi berbanding dengan empat pilihan raya kecil yang lalu, dengan yang terakhir di Port Dickson hanya mencatatkan jumlah yang melebihi 50 peratus (58.2 peratus).

Sivamurugan menyatakan bahawa kemenangan Ramli adalah kerana PH tidak meramalkan gerakan BN yang memilih untuk keluar dari kepompong dan meletakkan calon dari masyarakat Orang Asli.

“DAP (parti komponen PH) memilih Manogaran adalah kerana beliau telah membantu membuka jalan untuk pilihan raya kecil itu dijalankan. Mereka (PH) tidak meramalkan BN datang dengan calon yang lenih baik.

“Ini adalah strategi serampang dua mata yang juga meyakinkan para penyokong Pas untuk keluar dan mengundi Ramli.

“Perkara itu (Ramli yang boleh mewakili akar umbi Orang Asli dan Melayu-Muslim) dimainkan beberapa kali dalam tempoh kempen,” kata Sivamurugan.

Sementara itu, pengarah Institut Analisis Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff berpendapat bahawa hasil pilihan raya kecil Cameron Highlands adalah disebabkan oleh manifestasi imej baru Umno.

Beliau berkata ini dilihat oleh presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi laluan kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk melaksanakan tugas presiden parti.

Kamarul berkata adalah jelas bahawa Mohamad berjaya memimpin kempen pilihan raya pertamanya melalui pilihan raya kecil Cameron Highlands.

“Penggunaan strategi yang sesuai, terutamanya dalam memilih calon langsung yang tidak berasal dari mana-mana parti komponen BN, adalah sangat membantu dalam meraih kepercayaan,” katanya.

Kamarul berkata kemenangan BN juga dibantu oleh kehadiran bekas penyandang presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, yang masih sangat dihormati oleh rakyat Pahang kerana sumbangan beliau bukan sahaja sebagai perdana menteri tetapi juga menteri besar.

“Ini dirancakkan lagi dengan penglibatan kempen Najib sendiri yang turun padang dan menyindir PH dengan cara yang melucukan dan menyentuh hati rakyat, termasuk pengundi,” katanya.

Kamarul berkata hasil pilihan raya turut berpunca dari kegagalan PH untuk menjawab serangan oleh BN mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan kehidupan peneroka Felda dan pengundi lain di kawasan itu.

“Pemimpin BN, termasuk Mohamad dan Ramli, mempunyai strategi kempen yang baik di mana mereka dapat mengurangkan kesilapan mereka,” kata Kamarul.

Kekalahan PH adalah peringatan kepada kepimpinan gabungan, serta parti komponennya. Sekiranya mereka mahukan sokongan pengundi Melayu yang telah kecewa dengan janji manifesto pilihan raya umum ke-14, mereka harus menukar strategi di peringkat akar umbi gabungan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker