AntarabangsaIsu Semasa

2020: Bekas CEO Starbucks sedia lawan Trump

Jutawan yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks, Howard Schultz menyatakan kesediaannya untuk menentang Presiden Donald Trump, dalam pilihan raya presiden pada 2020, sebagai calon bebas.

“Saya sudah berfikir dengan serius untuk bertanding sebagai presiden,” kata Schultz dalam satu temu bual menerusi rancangan ‘60 Minutes’, terbitan rangkaian CBS semalam.

Schultz, 65, berkata, beliau akan bertanding sebagai calon bebas sederhana, iaitu di luar sistem dua parti.

Beliau berkata: “Kita kini berada keadaan hidup yang paling rapuh”.

Katanya, Trump bukan sahaja tidak layak untuk menjadi presiden, tetapi parti Republikan dan Demokrat secara konsisten tidak melakukan apa yang sewajarnya untuk rakyat Amerika Syarikat.

Sebaliknya, kedua-dua parti itu setiap hari terbabit berusaha untuk menunaikan dendam politik masing-masing.

Sementara itu, Schultz yang dibesarkan dalam kejiranan kelas pertengahan di New York City, memperoleh kekayaan selepas berpindah ke Washington pada 1980-an dan berjaya membina Starbucks sebagai syarikat gergasi kedai kopi global.

Beliau turut menyalahkan kedua-dua parti politik itu sebagai punca negara itu menanggung hutang sebanyak AS$21.5 trilion (RM88.6 trilion). – AFP

 

Berita Harian/AFP

– photo/Fortune

Show More

Related Articles

Back to top button