Amerika SyarikatAntarabangsaIsu Semasa

Wanita-Wanita Demokrat Di Dalam Kongres Ini Bukan Sembarangan Orang

Pada Pilihan Raya Pertengahan Penggal Amerika Syarikat (AS) November lalu, Demokrat telah berjaya menewaskan Republikan di dalam Dewan Perwakilan (Kongres).

Walau bagaimanapun, Republikan masih berjaya mempertahankan kedudukan mereka di Dewan Senat.

Difahamkan juga, terdapat seramai 109 wanita di dalam Dewan Perwakilan, dan 89 daripada jumlah itu adalah anggota Demokrat.

Daripada 89 wanita itu pula, 5 orang mempunyai latar belakang ketenteraan atau mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal keselamatan negara.

Wanita-wanita ini menggelar diri mereka sebagai “The Badasses,” dan walaupun tiada sebarang pengalaman dalam politik, mereka berjaya memenangi hati rakyat di beberapa kawasan yang sebelum ini didominasi oleh Republikan.

Mereka juga dikatakan akan memainkan peranan penting dalam usaha mengekalkan kedudukan Demokrat di dalam Kongres, dan juga untuk merampas Dewan Senat daripada Republikan menjelang Pilihan Raya Presiden pada tahun 2020 nanti.

Bukan itu sahaja, malah ramai pihak melihat wanita-wanita Demokrat yang berjaya menjadi ahli Kongres akan mampu bersaing menentang Trump untuk menjadi Presiden AS.

“Ciri-ciri utama bagi pesaing ‘mimpi buruk’ Trump adalah wanita muda yang berkarisma dengan mempunyai latar belakang dalam keselamatan negara,” kata David Wasserman, penganalisis kanan di Cook Political Report.

Berikut adalah 5 wanita yang tergolong dalam “The BadAsses”:

1. Abigail Spanberger – Bekerja sebagai pegawai CIA dalam mengatasi keganasan. Beliau merupakan wanita pertama untuk mewakili Virginia, dan satu-satunya ahli Demokrat yang berjaya menang di kawasan itu sejak tahun 1970an. 

2. Elissa Slotkin – Bekas penganalisis CIA ini mewakili Michigan dan menjadi wakil rakyat Demokrat pertama di kawasan itu dalam hampir 20 tahun. 

3. Mikie Sherril – Bekas anggota tentera laut dan pendakwa raya. Beliau menang di New Jersey yang didominasi oleh Republikan sejak tahun 1980an. 

4. Elain Lurja – Bekas pegawai tentera laut, menewaskan veteran Republikan, Scott Taylor di selatan Virginia. 

5. Chrissy Houlahan – Jurutera dan bekas pegawai tentera udara, mencatatkan kemenangan di Pennsylvania selepas kawasan itu dipegang oleh Republikan selama lebih 15 tahun. 

Menurut Tyler Law, jurucakap Democratic Congressional Campaign Committee (DCCC), veteran serta bekas pegawai CIA yang bertanding dalam Kongres telah melancarkan antara kempen yang terkuat di dalam negara itu.

Sementara itu, Jeremy Rosner, bekas penasihat keselamatan negara kepada mantan presiden Bill Clinton, menyatakan bahawa calon-calon politik yang mempunyai latar belakang dalam perkhidmatan secara automatik akan dilihat sebagai individu-individu yang “berkredibiliti.”

Sumber: Reuters
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker