Bisnes & Ekonomi

Ini Sebabnya AirAsia Saman Malaysia Airports Sebanyak RM400 Juta

Persengketaan antara AirAsia Group Bhd dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) terus merebak, dengan syarikat penerbangan itu kini memfailkan saman terhadap pengendali lapangan terbang terbabit lebih RM400 juta dalam kes yang melibatkan gangguan operasi di KLIA2.

Tuntutan saman balas itu adalah tindak balas terhadap tindakan MAHB yang telah memfailkan saman  pada bulan Disember terhadap AirAsia dan AirAsia X Bhd (AAX), untuk caj perkhidmatan penumpang yang tidak dikutip (PSC) sebanyak RM36 juta.

Menjadi syarikat penerbangan murah, AirAsia mahukan lapangan terbang tanpa kos tambahaan serta caj PSC yang munasabah untuk menjaga kos dan tambang rendah. Tetapi caj PSC telah disemak semula dan AirAsia tidak mengumpul jumlah PSC yang ditetapkan adalah kerana merasakan perkhidmatan di KLIA2 tidak sepadan dengan KLIA, yang merupakan terminal bagi pembekal perkhidmatan penuh.

Pertikaian pahit antara kedua belah pihak pertama kali dimulai ketika AirAsia terpaksa berpindah dari lapangan terbang Subang ke KLIA pada tahun 2002. Ini adalah permulaan hubungan yang kurang baik antara kedua-dua pihak. Kemudian, AirAsia terpaksa berpindah ke terminal penerbangan kos rendah, sebuah terminal yang sering disebut sebagai “kandang kuda”.

Terdapat banyak isu sejak itu, dari pandangan berbeza tentang bagaimana KLIA2 sepatutnya dibina, landasan, dan masalah penyelenggaraan dan operasi, tetapi klimaks pertikaian adalah kenaikan kos PSC.

Ini adalah kali pertama kedua-dua pihak saling menyaman walaupun ada usaha di masa lalu untuk menghentikan pertikaian.

Seorang penganalisis mengatakan bahawa “pertikaian di lapangan terbang baru bukan sesuatu yang baru berlaku. Ia telah berlaku di banyak lapangan terbang, termasuk lapangan terbang Ho Chi Minh, Suvarnabhumi di Bangkok dan juga di lapangan terbang Berlin.”

AirAsia dan AAX dalam satu kenyataan berkata mereka menuntut lebih daripada RM400 juta dalam tuntutan balas terhadap MAHB sebagai tindak balas kepada tuntutan yang difailkan oleh pengendali lapangan terbang itu pada bulan Disember atas cukai lapangan terbang.

Tuntutan balas adalah untuk kerugian dan kerosakan yang dialami oleh syarikat penerbangan disebabkan oleh gangguan operasi di KLIA2 dan ini termasuk “garisan minyak yang pecah, yang menghalang operasi di Pier P selama sebulan di KLIA2 pada tahun 2016; penutupan di Runway 3 secara berulang kali pada 2018; kerugian yang ditanggung akibat penundaan pesawat dan kos bahan api tambahan, kelewatan, kos tenaga kerja, pembatalan penerbangan yang menyebabkan kehilangan pendapatan dan kos cukai “.

AirAsia dan AAX dalam kenyataan pembelaan mereka juga mengkritik MAHB kerana “bertindak berlebihan dalam memfailkan saman itu”.

AirAsia berkata ia telah memohon untuk membatalkan saman MAHB atas alasan bahawa pengendali lapangan terbang itu tidak mematuhi peruntukan untuk penyelesaian pertikaian dalam Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) 2015, kerana tindakan undang-undang hanya harus menjadi jalan terakhir selepas usaha perdamaian telah gagal.

AirAsia berkata ia “sentiasa bersedia untuk terlibat secara membina dengan MAHB dan anak-anak syarikatnya, dan adalah dikesali bahawa MAHB telah memilih tindakan litigasi terhadap mereka.

“Kami mempertahankan bahawa pertikaian terhadap cukai lapangan terbang, yang merupakan teras saman MAHB, adalah khusus yang tertakluk kepada bidang Mavcom untuk penyelesaian”.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd Riad Asmat dan Ketua Pegawai Eksekutif AAX Benyamin Ismail menambah bahawa “kami akan terus mematuhi perundangan di bawah Akta Mavcom dan mendapatkan tuntutan kami melalui pengantaraan.

“Walau bagaimanapun, kami berhak untuk mendapatkan semula kerugian dan kerosakan yang disebabkan oleh kegagalan MAHB untuk menjalankan tugas mereka sebagai penyedia perkhidmatan penerbangan. Kami telah berkali-kali menyampaikan isu-isu ini kepada MAHB tetapi tiada apa yang telah dilakukan”.

Cukai lapangan terbang di KLIA2 meningkat kepada RM73 daripada RM50 untuk penumpang antarabangsa bukan Asean dan kepada RM11 daripada RM6 untuk penumpang domestik.

AirAsia dan AAX hanya mengumpul RM50 dan bukannya RM73 dan kekurangan itu adalah apa yang sedang dituntut oleh MAHB.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker